Search This Blog

Friday, June 19, 2015

Kata Orang Kata Hati

Mungkin memang ramai yang akan menghadapi situasi ni. Bila akan tiba masanya nanti korang akan berada di tengah-tengah keputusan. Kerana kedua-duanya atau semua pilihan itu secara zahirnya membawa kebaikkan kepada kamu. Namun kamu juga tahu, ada satu yang terletak dan bersuara kuat daripada hati kamu sendiri.

Orang kata apa yang dipilih oleh ibu bapa kamu itu merupakan yang terbaik untuk kamu. Aku tak nafikan begitu kerana memang apa yang berlaku sekarang, apa yang aku ada sekarang kerana keputusan daripada kedua ibu bapa ku. Dan kebanyakkan keputusan aku sebelum ini pun bukan lah suatu perkara yang baik namun aku tau aku belajar daripada kesilapan yang aku lakukan.


Kadang kala sebab larangan Allah aku akur pada kedua ibu bapa aku. Macam yang aku cakap. Aliran yang aku ingin pergi sememangnya bertentangan dengan apa yang mereka dan ahli keluarga aku mahu. Lantas itu....Aku menjadi kedu.

Adakah satu-satunya cara aku untuk terus dekat dan dekat dengan Nya adalah dengan melalui satu ikatan yang dipanggil nikah? Kadang kala aku terfikir boleh ke aku melalui semua ini, atau hakikatnya memang Allah mahu aku melalui semua ini agar aku benar-benar merasa perit dan nikmat ke arah Islam? Adakah ini semua ujian yang diberikannya? Atau ini semua sekadar permainan dunia yang aku sendiri sesat dan bingung untuk menyelesaikan semuanya?

2 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih