Search This Blog

Thursday, June 11, 2015

Kata Hatiku


Mempercayai Tuhan dalam hidup sebagai seorang manusia ibarat mempunyai landasan untuk anda menjalankan kehidupan. Tuhan itu ibarat jalan raya yang membolehkan kita bergerak dengan lancar dan baik dan segala papan tanda segala lampu isyarat itu ialah ibarat hukum hakam, perkara wajib dan haram dalam kehidupan kita.

Aku. Bila orang bertanya kepada aku tentang agama. Aku selalu berbelah bagi. Antara kewajipan atau pandangan manusia, aku sering kalah pada manusia dan juga kepada persepsi aku sendiri. Walaupun aku tau yang aku ni begitu tertarik kepada Islam dari semua aspeknya tapi aku juga takut pada pandangan masyarakat dengan pilihan aku sendiri. Walhal perkara yang perlu aku takut ialah Allah sendiri. Hakikatnya aku cumalah manusia biasa......

Aku ingin mengenal Islam dengan lebih mendalam lagi. Tapi terlalu banyak masalah manusia yang aku sendiri takut sebab tak yakin aku mampu menghadapinya. Sekali lagi walaupun aku tau yang aku perlu lakukan ialah percaya kepada Allah...

Tapi ya Allah...Dugaan mu walau tidaklah membebankan fizikal ku. Malah tidak mengganggu pun hidupan harian ku tapi dugaan mu terlalu besar bagi aku sehingga aku sendiri tidak pernah rasa tenang. Antara halal dan haram selalu bermain-main di dalam kehidupan ku dan selalunya aku menangkan manusia daripada hukumMu.

Yang pasti...Aku tidak ingin menyesal ....


1 comment:

  1. kadang perkara yang kita suka boleh jadi mendatangkan keburukan kepada kita..dan begitulah sebaiknya...pandanglah kebaikan dari agama...bukan dari manusia..kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan...semoga hati awak terbuka untuk mengenali Islam..kipidap mek..^^

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih