Search This Blog

Wednesday, June 3, 2015

Jadi Cikgu Kan Senang....

Ramai orang kampung aku rasa tak tau aku cikgu. So gurau-gurau bercerita memang selalu itu macam benda biasa. Sampailah ada satu ketika ada seorang pakcik ni macam biasalah dia bergurau-gurau dengan aku. Memang dari aku sekolah menengah lagi dia selalu suka menyakat aku macam-macam tapi benda tu bagi aku benda biasalah. Sekadar hiburan kan.


So aku ni pulak kadang kala kalau tolong family aku kat kedai, sejak jadi cikgu ni aku bawa je keje budak yang aku kene periksa sekali kat depan kaunter tu. Sebab kalau nak tunggu sampai aku betul-betul free memang mustahil. Terus pakcik tu nampak aku periksa buku budak dia tanya aku ni cikgu ke? Terus aku senyum aje aku angguk. Lepas tu? Lepas tu pakcik tu promote anak dia ke kat aku? Hehehe Bukan la...Terus dia minta maaf sebab selalu kacau-kacau aku. Terus aku blurr kejap. . . . Aku cakap lah aku pun tau juga pakcik tu selalu bergurau, aku faham juga aku senyum aje. Memang itu lah aku, selalu aku senyum aje  ahahaa

So apa yang aku nak sampaikan sini? Kalau dulu dulu dulu kan...Cikgu ni bukan sekadar satu pekerjaan, tapi satu gelaran yang orang akan dengar mereka akan hormat. Kalau cikgu tegur budak tu yang apa yang dia buat tu salah, murid tu akan senyap & aku rasa insaf terus tak berani buat lagi. Kalau cikgu bagitau kat ibu bapa murid tu yang anak diorang tu tak belajar dalam kelas, selalu tak siap keje rumah walaupun seminggu tempoh masa diberikan terus ibu bapa tu marah kat anak sampai rumah sambung marah kaw kaw.

Sekarang? Kalau ikut pengalaman aku sebagai cikgu dalam tempoh 3 bulan ni aje. Aku bagi mak murid aku anak dia tak siap keje aku Bahasa Inggeris walaupun seminggu aku bagi masa, boleh pulak mak budak tu cakap dia kesiankan anak dia selalu balik dari tusyen dah penat bagai, nak paksa buat keje rumah pun rasa kesian. Aduyai...Aku terkedu dengar jawapan mak budak tu. Biar aku tekankan masa tu aku bagi seminggu pun tetap anak dia juga yang dia sayang. Itu baru mak, belum lagi sampai bapa budak murid lain, jawapannya itukan tugas cikgu nak ajar murid? 

Itu lah. Bila rotan cikgu dipersalahkan. Padahal bukan semua guru yang merotan itu rota sesuka hati. Memang normallah ada orang lain yang jadi cikgu merotan sampai tak masuk akal. Tapi hakikatnya itu ialah orang lain. Bukan orang yang sama kan? 

Lepas tu aku rasa cikgu zaman dulu maybe senang kot. Memang kerje diorang mengajar aje. Tapi bukan pada zaman ini. Cikgu pada zaman ini bukan sekadar mengajar. Cikgu pada zaman ini boleh jadi tukang jahit langsir, cikgu pada zaman ini kene jadi kerani sebab banyak yang dia kena taip kalau bukan laporan, kene buat kertas keje, kalau bukan kertas keje, kene buat segala taip menaip berkaitan dengan program yang dia nak buat untuk murid...Akhirnya? Proses tu lebih banyak daripada hasil untuk murid. Nah.... Jadi cikgu senang kan?

1 comment:

  1. bukan senang nak jadi cikgu.. nak mohon masok ipg pon payah nak lepas.. hahha...
    lagipon budak2 skrg ni mmg nakal sangat.. payah nak mengajar.. mak ayah plak slalu backup anak.. hmmm,, kesian cikgu nii.. semoga tabah ye.. saya dok mohon ipg xlepas2 nii.. jd malas dah nk jd cg. bila pikirkan perangai budak2 skrg.. huhu..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih