Search This Blog

Sunday, June 7, 2015

How Can You Be Happy?


Bukan ke pelik bila ada manusia yang lebih suka dan merasa bangga bila ada kumpulan yang ditimpa dengan masalah? Aku sendiri rasa tersangat lah pelik sebab aku tak paham betul macam mana seorang manusia boleh merasa gembira apabila diorang tau atau diorang nampak manusia lain teraniaya. Sedangkan binatang pun boleh menunjukan belas apatah lagi manusia yang dikurniakan akal kan?

So as i grew kononnya. Dalam erti kata lain...Semakin aku melihat dunia ni semakin aku rasa aku nak join program-program sukarela. And sebelum ni pun aku ada join program sedikit but still aku rasa tak puas. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku bole tertarik..But one thing for sure aku nak make our world a more better place. 

Aku rasa sendiri. Macam negara kita dah kucar kacir. Memang betul kita takde berperang-perang apa semua, kita still boleh keluar rumah awal pagi balik lewat malam but korang nampak tak bahawa setiap kali mana-mana bahagian kita di Malaysia yang ditimpa masalah..Bantuan macam banyak tak sampai kepada yang benar-benar perlukan? Kita yang berada dalam keadaan selesa mesti senang kita nak cakap "ala itupun nak tunggu bantuan ke? Tak bole ke bergerak sendiri?"

Kadang kala  kita lupa....bahawa kita juga pernah berada dalam keadaan susah dan kita lupa keadaan kita akibat kita sudah senang. Ataupun memang kita pernah susah, tapi tak bermaksud apa yang Allah uji pada mereka itu sama pada apa yang Allah uji pada kita...

Sebenarnya aku cuma nak cakap...Tak usahlah kita bergembira dengan kesusahan orang lain..Biarpun orang lain itu musuh kita atau orang yang kita benci...

3 comments:

  1. betul...Allah menguji tanda Allah sayang...kadang kesenangan yang Allah beri untuk meguji sejauhmana hamba-Nya bersyukur dengan nikmat itu..even awak bukan islam tapi saya entry awak really touched..semoga diberi hidayah..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih