image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Gila ke?

Kadang kala aku fikirkan...Aku ni macam ada mental problem. 
Sometimes aku terfikir perlu ke aku berjumpa dengan pakar psikiatri atau maybe berjumpa dengan kaunseling?
Tapi bila aku fikir lagi semula sebenarnya takde masalah besar pun. Aku bukannya buat benda yang tak patut cuma satu aje masalah aku.

"AKU TERLALU KERAP BERMONOLOG"

Aku rasa aku hidup dalam dunia yang berbeza. Walaupun aku jenis berterus terang...Hakikatnya terlalu banyak yang aku simpan dalam sanubari aku. Kehidupan aku sebenarnya semuanya dusta belaka. Sehinggakan aku sendiri kadang kala berasa sangsi dengan diri sendiri, boleh timbul rasa prasangka pada diri sendiri.

Terlalu banyak keluhan yang aku kongsi kepadaNya. Sehingga aku rasa perlu ke aku cari partner aku untuk bincang pasal hal macam ni? Sedangkan aku tahu kalau ada partner pun mesti takkan kemana punya. 


Terlalu kerap aku memohon jawapan daripadaNya sebenarnya dan terlalu kerap jawapan yang aku akan dapat ialah ini.

Macam mana aku dapat? Selak-selak buku agama bila rasa ayat tu terkesan pada hati kita dan pada masa yang sama ianya ibarat menjawab kepada persoalan anda kepadaNya. Maka sebenarnya itulah yang jawapan yang Allah berikan. Aku tak banyak melawan takdir tapi aku terlalu banyak memberontak dalam perasaan aku. Dan aku sendiri pun tak tahu, sampai bila aku mampu bertahan dengan diri aku sendiri.

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. ye..sebaiknya cari kawan untuk berbual...terluah jugak apa yang kerap berbunyi di hati tu..:)

    ReplyDelete
  2. Tak gila.. Tapi bermonolog dgn Allah bagus.. Macam muhasabah diri.. Kita mmg akan byk bermonolog sendiri..

    ReplyDelete
  3. first je saya online, bukak blog terus terbaca luahan mek, im kinda glad actually. We are both the same! Terlalu byk monolog, terlalu byk nak luah, but no one around yang kita rasa actually boleh tlg kita. Kita sendiri tak percaya pada orang lain. Cuma adakah awak sekritikal saya? Nampak tak? At one time, saya rasa saya wajib jumpa psikiatri & feeling mcm ada split personality. i dont know, if u r like me, maybe we should have talk. wow.

    ReplyDelete
  4. semoga diberi ketenangan untuk diri awak mek...dunia ni pd hakikatnye mmg xde apa yg boleh bawa happiness kat kita..melainkan kita sendiri yg cari...belajar mencari kebaikan dlm hidup...mungkin awak dalam proses 'mencari' sampai tahap awak terlalu overthinking...hope awak dipertemukan dgn org yg boleh tlg awak...

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih