Search This Blog

Monday, June 1, 2015

Flu..Flu..Hello... Helloo


Emmm.....Selepas aje balik dari perkhemahan dua hari satu malam. Habis pada hari Jumaat. Terus aku selsema sampai hari ni. Agak-agak la kalau selsema aje aku boleh terima kot. Ini dah selsema terus deria rasa hilang. Apala nasib si lidah, si hidung dan si perut. Hehehe....

Kan aku ni suka makan. Bila benda yang aku nak makan tu takde rasa. Terus aku rasa useless.... Allah tarik nikmat itu dan aku pun semakin kurang nak makan kononnya la...Sekali aku rasa macam makin rancak pula aku nak melahap makanan ni. Kawan aku dulu pun macam tu, dia selsema sampai tak boleh nak rasa benda tau, sekali macam-macam dia nak makan macam orang mengidam pun ader sebab dia kata dia nak yang asam aje, sebab yang asam aje yang ader rasa. ehehee Pelik tak?

Aku pulak takde lah sampai nak yang asam. Setiap kali aku nak makan aku nak pasti kan aku dah tarik hidung aku supaya bau makanan tu aku terasa sikit. Biar ada daripada tak ader. Faham tak maksud aku tu? Alarrr mesti korang pernah kene juga kan selsema yang takde deria tuuuuu.....

Tapi kalau pasal selsema ni yang paling aku benci sekali korang tau tak aper? Bila hidung terkupas kulit sini sana. Aduhai...pengalaman lepas macam aku kena penyakit kulit tau tak, dengan bibir atas aku sekali dia sapu nak terkopek-kopek kulit. Geram betul. Sebab tu lah kali ni, memang aku paksa betul minum bebanyak, biar kenyang air hehehee.....Sebab tak nak berlaku kulit kering kan....Korang tak tau ke bila selsema, cecair yang keluar tu sebenarnya banyak kandungan air, so ertinya memang extra banyak kene minum air bila sakit.

So minggu depan kemungkinan besar aku kat KL sebab outstation kononnya. Ayat tak boleh blah....So sekarang aku tengah sibuk nak buat hasil art kids kononnya ader pameran sekolah kat situ. So kalau ikut cakap PK1 boss nak bawa aku sekali. So aku sebenarnya pun tak tau status aku dibawa ke tak, tapi entah lah. Kalau dibawa pun syukur la kan rezeki? Tapi kalau tak bawa pun okey juga aper, aku kira nak jejalan kat somewhere juga. hahaha...

No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih