Search This Blog

Tuesday, June 2, 2015

Boleh Jadi...

Kan sebelum ni aku dok meroyan sebab kiranya dapat posting di tempat yang aku sendiri memang tak nak sangat. Tempat aku posting keje ni kalau kira betul ramai yang nak ni & ramai yang jeles kot. Kenapa? Sebab dekat dengan rumah aku je, 20 minit kalau memandu ke sekolah.

Aku ni memang dah set awal-awal biar dapat jejauh lah, sebab apa? Dengan harapan kononnya nak belajar hidup berdikari nak rasa hidup dalam tanggungan sendiri. Kenapa dengan sekarang? Sekarang aku dok rumah family lah, makan takyah cakap memang free benar, kecuali memang dah mengidam nak pizza ke KFC ke memang keluar duit lah, sekali beli terus untuk orang kat rumah. Bil air bil letrik semua memang secara tak langsung aku tak bayar, sebab apa? Sebab dorang parents aku tak suruh bayar & kalau ikut pengalaman aku masa mula-mula dapat gaji pun diorang tak nak duit aku. Sedih tak?

Tapi untuk gaji pertama aku memang aku berkeras lah bagi diorang duit. Aku rasa itu adalah salah satu must to do list kot. Kalau ikut betul, sepatutnya aku boleh safe banyak duit kan? Tapi bila aku tengok perbelanjaan aku ni..sebenarnya takdelah safe sangat pun....Kereta aku memang aku bayar sendiri, malahan barang-barang budak kat sekolah memang aku yang keluarkan duit sendiri sebab nak harapkan sekolah macam kene tunggu lagi. Mana benda yang aku boleh ambik dari sekolah macam kertas ke, reben ke memang aku minta sekolah..Lain-lain aku beli untuk murid aku...Sebab aku rasa itu tanggungjawab aku...

aku ada seorang mentor dari Kanada, diorang datang untuk guide atau bimbing kitaorang yang ajar Bahasa Inggeris kat sekolah. Actually kalau ikut betul kitaorang buat suatu aktiviti & bagitau dia & dia tolong tambah idea aje macam tu..Kalau ikut betul sangat aktiviti untuk dia lebih banyak dari aktiviti untuk sekolah kot?

So bila dia tanya bahan aku ni aku dapat dari mana, aku kata aku beli sendiri. Terus dia tanya ada claim dengan sekolah tak? Aku kata takde, sebab macam tak berapa mahal juga barang ni walaupun sebenarnya sebulan maybe Rm200 ke Rm300 untuk aku beli barang budak. So dia cakap, baik claim untuk beli barang lain lagi lain kali..Aku senyum angguk saja.

Mungkin pada ketika ini aku rasa aku belum nampak kepentingan claim duti dengan sekolah itu. Tapi pada pendapat aku sekarang, walaupun aku habiskan duit dalam banyak itu untuk bagi kat budak barang-barang untuk belajar, tapi aku rasa happy. Ada satu kepuasan yang aku rasa kalau aku claim dengan sekolah akan hilang rasa happy itu. Walaupun sekolah tak tau aku beli barang guna duit aku sendiri (tapi kalau tengok tempat aku dengan macam-macam barang aku rasa sekolah tau), tapi aku tak rasa duit aku kurang walau sesen pun...

Lagipun kitaorang cikgu-cikgu ni kan ada cuti, kalau cuti kan tak mengajar, so kiranya duit gaji aku yang lain tu masuk macam free je kan? Aku rasa macam tak afdal aku simpan duit yang aku dapat time cuti, so better aku guna untuk keperluan budak kat sekolah. Kan?

1 comment:

  1. bgus..cikgu ni.saya bg 5bintang,,,

    teruskn mnjd guru terbaik..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih