image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Bila Mulut Tak Jaga

[SUMBER GAMBAR DARI GOOGLE]

Bagi yang mengenal Sabah. Orang kat Sabah ni sebenarnya tak tinggal atas pokok. Orang kat Sabah ni ader juga kereta, ada juga rumah malah ada rumah diorang ni serius besar macam istana. Orang kat Sabah ni kalau ikut betul tak lah tamak sangat, ambik lah apa yang kitaorang ada, kalau susah pun ramai yang akan cuba berdikari untum dapatkan hasil makanan harian atau pendapatan. Jarang-jarang nak nampak orang Sabah ni pegi mengemis walaupun susah, yang aku nampak takat ni mengemis pun bukan orang Sabah.

Aku rasa dengan kejadian gegaran atau gempa bumi hari ni ader juga status FB yang agak mendukacitakan. Memang Sabah ni kalau ikut nasib memang agak malang sejak beberapa tahun ni. Serangan dekat Tanduo, penculikan yang takde berita khabar dan tangkapan sampai lah ke gegaran di seluruh Sabah. Tak perlu lah ada keyboard warrior yang hebat nak hancur kan Sabah..

Aku kadang kala pelik dengan sikap sesetengah manusia. Suka menjadikan dirinya, tempatnya itu lebih hebat daripada yang lain. Sedangkan dia tak sedar sehebat manepun dirinya, tempatnya atau apa yang dimilikinya itu sebenarnya adalah rezeki dari Allah. Betul tak? Mungkin Allah bagi kesenangan sebab Dia nak uji, sejauh mane korang akan ingat padanya semula. Angkuh ke tak korang dengan kelebihan korang. Dan pada yang rasa dirinya ditimpa musibah ke, susah ke, apapun...Bagi aku sebenarnya itulah tandanya bila Allah nak sangat kita beringat padanya. Dan pada aku pada ketika itulah Allah sebenarnya sedang mengambil berat tentang umatnya...Contohnya macam cikgu, dia marah aje dekat murid tu kenapa? Sekadar suka-suka ke? Bukan...Sebab dia benar-benar nak murid yang dia marah tu sedar dan pandai sebab cikgu tu sayangkan muridnya.

Sebenarnya aku rasa Islam agama yang mudah. Dia hormat pada agama lain & takde pun ajaran kutuk mengutuk ni. Biarpun kepercayaan dengan yang bukan Islam tu bercanggah ke, tak sama ke tapi Islam tak pernah suruh kutuk atau marah yang agama orang tu salah. Just suruh terangkan dengan elok dan dengan halus dulu. Tapi apa yang berlaku sekarang? Sekali gah terus macam nak matikan orang tu? Demm...Aku kadang kala nak cerita kat non muslim pada Islam pun aku yang terkedu...Sebab apa? Sebab aku bukan Islam lagi tapi aku yang terhengeh-hengeh nak betulkan perspektif orang terhadap Islam. Tapi macam mana? Sekirannya apa yang mereka nampak itu memang dah jahat sangat? So please....Dunia ni even kalau nak jatuhnya sesapapun, balasannya akan ada. Bukan hari ini, bukan esok, bukan tahun depan tapi yang pasti dikubur nanti.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih