Search This Blog

Friday, June 19, 2015

Aku Buka Semuanya

Aku sebenarnya nak share something. Apa yang aku nak share hah ni yang aku nak share.

# For you guys yang tak tau aku ni agama apa, actually aku ni non-muslim
# Aku memang minat dengan Islam. 
# Pendedahan agama dekat aku memang dah ada sejak aku kecik lagi. Agama pertama yang aku kenal ialah Kristian and then Buddhist kemudian Islam. 
# Aku tertarik dan banyak belajar pasal Islam since aku kenal Islam.
# Allah is my only belief and my God.
# Aku mempunyai banyak persoalan yang tidak masuk akal.
# Setiap tindakan aku ialah berdasarkan cara hidup Islam, cuma maybe aku tak pakai tudung and some other stuff.
# Aku ingin berhijrah. Memang aku ingin berhijrah. But aku stuck kat tempat aku sendiri & I dont know what to do anymore.
# Aku tau aku tak rela. But setiap titik peluh aku untuk anak-anak murid aku I did it demi Allah.
# My strenght is Allah

Tiada agama yang mengajar umatnya untuk melakukan kejahatan. Tak kira kristian, Buddhist, hindu atau Islam. But entah kenapa, I prefer dan lebih tertarik dengan ajaran Islam. Dalam keadaan biasa aku boleh menerima sebab mengapa seorang wanita itu perlu menutup auratnya. Even waktu aku study pakai tudung ibarat suatu kemestian untuk aku sebab aku rasa kalau tak pakai tudung aku hilang keyakinan untuk keluar. Hanya dengan sehelai kain yang dipanggil tudung mampu menenangkan hati aku apatah lagi dengan keseluruhannya tentang Islam. Ya Allah, andai perasaan yang aku rasa ini boleh di kongsikan untuk dirasa bersama, sudah pasti aku kongsikan untuk menunjukkan betapa indahnya Islam itu walaupun hanya secebis.

4 comments:

  1. Tidak kira agama apa, yang penting seseorang sentiasa berusaha untuk menjadi baik dan menjaga akhlak (moral) dan hubungannya sesama manusia dan alam. Jauh di sudut hati setiap manusia, akan timbul perasaan menyedari bahawa ada sesuatu kuasa yang besar di luar kawalan kita dan ini yang membuat kita ingin mengenali dan mendekati kuasa itu. Apabila kuasa itu membuat kita berasa tenang dan gembira, ia sememangnya satu perasaan yang indah dalam setiap hati manusia - inilah cinta.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga kamu terus diberi hidayah ..

    ReplyDelete
  3. subhannalah....semoga diberi hidayah ^^

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. moga dikuatkan hati untuk mengucapkan dua kalimah syahadah and be part of us- muslim :)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih