Search This Blog

Tuesday, May 12, 2015

The Hell Is This?


Part 1
Cuba bagitau aku kegilaan apakah yang berlaku pada diri aku ini sekarang? Kenapa sakit itu aku boleh rasa pada sakit yang hanya berlaku pada aku. Aku tarik-tarik kulit aku sebab aku tau memang kulit aku boleh ditarik macam getah. Walau tak boleh aku tarik sampai kemana-mana tapi aku tahu aku boleh tarik. Aku cuma rasa pelik, Kenapa dalam satu dunia yang besar ini, yang memerlukan kapal untuk sampai kesuatu tempat yang lebih jauh dan aku disini cuma boleh merasakan apa yang berlaku kepada aku.

Aku pandang muka aku. Pfftt! Jerawat tak guna. Kenapa kau tak pandai berhenti berlegar di muka aku ni? Lepas ni mesti aku rasa aku hodoh bila jumpa orang. So? Aku cuba la Google cari mana-mana kata-kata semangat untuk aku. 

“Be yourself.”

Apakah bendanya aku nak be yourself sedangkan sebab jerawat pun aku dah tak confident? Takkan aku nak bertapa dalam bilik sampai jerawat tu hilang? Persetanlah semua itu. Aku tetap nak keluar. Lepas tu paling pelik bila jumpa manusia di sini sana mula lah lagi monolog antara aku dan aku. 

Haih…Kenapa kulit dia tu lawa je. Halus betul….. Yang aku bila nak jadi macam tu? Bila nampak yang berjerawat pulak stilll rasa jeles. Apesal dia ada jerawat tapi still nampak lawa ek? Memang kepala dah bengong sebab bila tengok cermin memang aku rasa aku hodoh. Tapi still ada hati yang mengorat jantan lain?


Part 2
Kenapalah aku rasa stress sangat ni…Kadang-kala aku terpikir tau tak. Apakah aku ni sebenarnya ada depression? Perlu ke aku nak jumpa doktor ni? Tapi aku rasa aku normal aje. Tapi kenapa aku rasa macam aku tak puas hati tanpa sebab ni?

Aku nak marah memang aku rasa nak tentang je tau dinding tu sampai hancur! Nasib aje lah dinding simen…Rugi je aku rasa sakit kalau nak tendang dinding bodoh tu. Still aku stuck disini. Pliisss lah…Bila aku boleh bebas macam burung. Aku rasa macam aku terkurung. Sampai aku rasa aku lebih rela berkurung sebab bukan dapat pegi mana pun? Arrgghhh!!!! Kebabian apakah semua ini?


Part 3
Kesepian. Sapelah yang pernah rasa. Biar banyak kawan dia. Tetap dia  rasa sepi. Sebab benda yang dia nak cakap takde sorang pun dia boleh nak cakap. Bukan sebab tak percaya. Tapi entah. Maybe sebab dia rasa itu bukan orang yang sesuai untuk dia bagitau? Terlalu sepi. Sampai diri sendiri pun mulai nak mengasihani diri sendiri. Sendiri rasa sendiri kesian sangat. Aduhai…..

Nasib-nasib ajelah tak sampai ke part nak bunuh diri. Nasib-nasib aje iman pada Allah masih ader. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sooo.... Ada korang dapat pengajaran tak dalam cerita ni?




1 comment:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih