Search This Blog

Sunday, May 24, 2015

SEGMEN JOM KONGSI TAZKIRAH by Atyy Azmi

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]


Well tazkirah untuk hari ini ialah aku mulakan ringkas dulu.... Berapa ramai yang memberi tazkirah tu sebab nak kongsi tazkirah atas sebab rasa tanggungjawab untuk berkongsi dan bukan sebab dia rasa yang dia baik. Dan berapa orang pembaca yang membaca tazkirah itu merasakan bahawa si penulis tazkirah itu benar-benar ikhlas nak kongsi tazkirah dah bukan sebab nak sekadar tunjuk yang diri si penulis itu baik-baik or alim-alim belako?

Aku tengok dalam komen facebook aje pun aku sendiri rasa tak puas hati. Kenapa? Tak kiralah yang muslim ke yang non muslim ke, bila ader aje komen yang panjang lebar yang aku fikir dan aku baca memang betul memang baik punya komen, mesti ader aje keyboard warrior ground level yang cuba nak pusing benda baik jadi benda negatif.

Benda ni lebih ketara bila ada setan yang cuba nak sembur api untuk mengapi-apikan masyarakat kita yang memang dah pelbagai macam jenis ni. Masing-masing tetibe lak nak tunjuk baik agama masing-masing sedangkan semua agama itu tercipta dengan baik dan cantik sekali. 

Yang paling tak boleh tahan bila ada yang cuba nak menjatuhkan sesama sendiri. Yang non muslim pakai tudung diejek kononnya dapat laki kaya, kononnya saja poyo. Yang kerabat non muslim tu pulak cakap lupa daratan apa semua. Bagi aku setiap manusia jika dia memilih agamanya itu atas dasar apapun, jika baik maka sokong lah....Bukan makin nak buka aib lama dia.

Senang cerita aku nasihatkan tak payah rasa cemburu dengan apa yang orang cuba buat. Bila ada rasa cemburu maka muncullah segala muslihat licik kotor yang cuba difikirkan untuk menjatuhkan orang itu walaupun hakikatnya orang itu menuju ke arah yang baik. Korang kena ingat, taubat seorang umatnya lebih disukai Allah. So bila korang kutuk orang tu ertinya korang kutuk Allah juga la. 

1 comment:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih