Search This Blog

Sunday, May 3, 2015

KERETA - 30% Senang, 70% Tanggungjawab

So aku ni keje dah nak masuk maybe dalam dua bulan lebih -lebih gitu. And aku pun baru bulan lepas dapat kete baru aku. Aku means, memang fully tanggungan daripada aku kecuali plat number mak aku bayar ahahaa.

So bila dapat kete apakah perasaan aku? Dah bunyi macam kene interview. Sebelum aku nak taip lebih panjang-panjang aku nak kongsi dulu pasal pemikiran aku yang tak seberapa penting sangat ini.....

Jadi kalau dulu masa study memang aku terhengeh-hengeh nak ader kete. Kononnya supaya memudahkan aku untuk pergi kesini kesana walhal bukannya penting sangat pun kesini kesananya itu. Tapi memandangkan mak ayah aku pun bukan jenis yang memanjakan. So memang diorang pun takdelah supportive sangat bab nak beli kete masa aku tengah study dulu. So masa praktikal memang main sewa kemain kete lec kitaorang.

So now bila sendiri ada kete how was it? Setiap bulan aku bayar RM850. Itu baru bayar loan. Belum plus minyak kete which is setakat ni aku tengok Rm50 setiap minggu. Which means 4 minggu sebulan sama dengan RM200 sebulan untuk minyak. Cuci kereta pulak memang aku hantar pegi car wah luar dalam RM12, aku buat dua minggu sekali so sebulan RM24. Rasanya itu baru yang basic, nanti-nanti nak kene tunggu service lagi, nanti tayar botak lagi.

I guess memang ada kereta tu senang la kot. But macam yang aku cakap 30% memang senang. Nak ke sini tak payah nak orang hantar atau tunggu bas. Nak urus itu ini hari ni boleh pegi sendiri & settle, kalau tak siap takpe esok boleh pegi lagi. Tapi 70% tanggungjawab yang kita pegang bila kita ada kete tu sebenarnya kita takkan terfikir atau terasa masa kita nak kete. Tapi bila dah ada baru kita terasa & masa tu maybe baru nak cakap menyesal aku ada kete kan?

Tapi aku takdelah sampai rasa menyesal. Hehehe Aku rasa beruntung juga parents aku tak manjakan aku masa study. Kalau tak mesti elaun aku tak pernah cukup. Hahaha...So? Masih nak beli kereta?


1 comment:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih