Search This Blog

Sunday, May 24, 2015

Bila Sebut Pasal ROTAN

Ramai yang suka nak bagi pendapat bila orang berbicara tentang bab sekolah ni. Sebagai contoh ROTAN.

Ramai yang setuju dengan peraturan baharu sekarang ni, iaitu merotan ada dilarang sama sekali. Tapi ada juga yang tak setuju. Dan kebanyakkan yang tak setuju itu sudah pastinya mereka yang dari dalam kalangan guru kan?

Sebenarnya apa konsep rotan pada pandangan korang? Konsep rotan berbeza pada pandangan setiap orang bergantung kepada pengalamannya juga. Ada yang mengganggap rotan itu sangat tidak baik kerana mungkin pada pandangan mereka rotan itu adalah perbuatan yang akan menyebabkan kesan yang sangat teruk seperti lebam-lebam yang melampau.

Tapi ada juga yang berpendapat itu, rotan merupakan satu hukuman ringan yang berfungsi hanya sebagai peringatan supaya kanak-kanak tidak mengulangi lagi kesalahan mereka kerana akibat daripada rotan itu menyebabkan mereka akan berusaha sama ada untuk menyiapkan kerja rumah atau tidak mengulangi kesalahan yang sama.


Berikut ialah termasuk beberapa hukuman yang tidak boleh dikenakan kepada murid. Dan pada pandangan aku hukuman tersebut memang boleh diterimalah kalau dilarang, sebab memang agar merbahaya juga kan. Tapi yang bahagian ketuk ketampi tu yang tak boleh aku terima. Entah lah, maybe waktu pj pun aku tak patut buat aktiviti lompat katak sebab lebih kurang macam ketuk ketampi juga.

Pada aku, rotan itu patut dilaksanakan. Sebab ape? Sebab macam yang berlaku pada sekolah aku sekarang, bukan takat sekolah aku. Sekolah lain-lain yang pernah aku mengajar pun, tanpa hukuman rotan, memang budak tak siap kerja ramai. Serius aku cakap, budak tak siap kerja ialah budak yang sama. Dan disebabkan kalau ikut unit disiplin KPM memang macam guru tak boleh buat apa-apa, then macam aku, murid aku tak siap kerja ada yang sampai seminggu aku bagi pun tak siap juga, apa aku bole buat?  Suruh aje lah budak tu buat sampai siap, kalau hujung tahun baru siap pun aku kena terima juga. Betul tak?

No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih