Search This Blog

Sunday, April 12, 2015

Bila Stainless Steel Bukan Stainless Steel

Aku ada kulit yang mahal. Aku kalau nak pakai barang kemas kat leher atau tangan atau kaki atau telinga kene pakai yang jenis emas, emas putih emas kuning atau silver aje. Paling murah mesti silver lah. So korang kene ingat, untuk sesapa yang nak bagi aku hadiah sila bagi emas aje ye. hahaha

So apa cerita sebenarnya ni? Aku ni sebenarnya allergik pada barang kemas yang diperbuat daripada besi & stainless steel. Macam hari tu aku pakai rantai lawa tau, tapi diperbuat daripada stainless steel, menyebabkan keliling leher aku ada garisan merah membengkak dah jadi macam leher hantu penanggal. Serius. Nasib je takde bekas jadi hitam keliling leher...Kalau tak orang pandang aku memang dah lain.


Ini jam aku yang aku beli last year dengan harga stainless steel. Bila aku bawa ke kedai jam kat tempat aku untuk dibersihkan dia kata yang ni memang tak boleh dibersihkan sebab dia bukan original stainless steel. Okay...Aku blur.... 

Akhirnya? Aku tukar strap sebab yang ni memang aku pandang pun tak boleh nak pakai dah. Confirm  tangan jadi gatal. So how? Bila beli jam kat kedai, kalau nak beli strap jenis macam ni sila pastikan pekerja yang menjual tu tau mana satu jam yang strap dia stainless steel & mana satu yang bukan stainless steel. 

Kedua, harga mahal tak bermaksud dia murah. Kadang-kala harga jam yang seratus tu lebih baik dari harga jam yang sampai tiga ratus tu. Walaupun hakikatnya sebenarnya jam yang mahal maybe ada entra bonus kenapa.

Ketiga ialah kenalpasti jenis kulit korang. Ada jenis tak boleh pakai yang strap kulit or kain or kanvas sebab dia akan menghasilkan bau yang terjadi akibat peluh. Dan tak kurang juga kalau pakai yang jenis besi dia akan ada gatal-gatal kat keliling kulit tangan yang pakai jam tu. Apa pun, kalau pakai jam yang korang beli pastu dah start gatal-gatal ertinya koran allergik pada something kat jam korang.

Keempat. Sila beli jenis baham jam ikut aktiviti atau kerja korang. Kalau korang ahli sukan, yang dah tau memang 24 jam  berpeluh tu tak payah lah terhengeh-hengeh nak pakai jam jenis besi ke stainless steel..Sebab itu kenapa jama ada pelbagai jenis, dia ada jenis untuk yang suka main air sungai ke laut ke, ada yang untuk orang yang suka naik turun hutan, atau ada yang untuk jenis memerap kat ofis. Hehhehee

Kelima. Jam yang diperbuat daripada emas. Atau sebarang jenis barang kemas yang daripada emas selalu tidak menyebabkan tindak balas apa-apa. Kenapa? Sebab kuman tidak dapat berkembang atau membiak kat emas. Means emas tidak akan menyebabkan tindak balas kuman pada kulit korang. 

Allergik pada besi or stainless steel bahaya juga tau. Especially kepada kaum wanita. Macam aku mula-mula tindik telinga dulu pakai anting-anting biasa sekali next day dia bengkak, biarkan pastu hari seterusnya memang berair bengkak giler sampai anting-anting tu tenggelam disebalik cuping telinga aku yang bengkak. Nasib je aku masih ader cuping telinga sekarang...ahaha

2 comments:

  1. saya ada gak jam besi...kira okay lagi sampai sekarang tapi jam yang selalu lekat kat tangan jam hitam jenama Q&Q..dari darjah 6 pakai sampai ke U...24/7 pulak tu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah masih ada jam kat tgn..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih