Skip to main content

WAJIB BACA!

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

๐Ÿ™…END๐Ÿ™…
Hah kini aku kembali lagi dalam Mek Zumbie 2k18 Giveaway. Hahahha.... Kemungkinan besar, aku sorang je yang macam excited kalau buat GA ni. Hehe Tapi takpe. Aku tak nak ulas panjang-panjang, so korang baca aje apa yang patut. Hehehe
Syarat-syarat Mek Zumbie 2k18 Giveaway 1. Biasanya mesti follower la kan kalau nak menang? Hehehe tapi aku tak tekankan sangat, cuma aku harap yang join ni follower la. Hahhaa๐Ÿ˜
2. Entri mestilah mempunyai banner Giveaway yang di-link kan ke entri ini.๐Ÿ˜ฌ

3. Wajib buat entri tentang satu hadiah mana yang korang nak. Supaya kalau bertuah memang hadiah tu lah korang dapat.๐Ÿ˜…

4. Wajib bagi link entri anda yang berkaitan di ruang komen entri ini sahaja. Kalau korang post komen kat entri lain dikira batallah kan sebab aku pun tak tau mana korang post hehehe๐Ÿ˜œ
5. Sila sertakan sekali email yang boleh dihubungi supaya kalau anda menang, senang nak contact terus direct tanpa aku risau aku tak boleh nak contact korang. Kalau takde email, aku anggap la korang…

H.U.D.U.D


Sejujurnya aku serius masih tak faham apa itu HUDUD. Bagi yang masih tak kenal aku, aku non muslim. but for now I knew mostly what muslim people will be shocked if I talked about it. Well, tak bermaksud yang bukan Islam tak boleh tahu & faham pasal Islam kan?

Sebab itu aku hairan. Ramai orang Islam macam takut nak share hal-hal tentang agama mereka sendiri. Maybe sebab diorang takut nak cakap? Atau sebab tak berminat? Or maybe sebab diorang sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam Islam? Macam yang kawan aku cakap, sekarang ini ramai je orang yang Islam dalam IC.

Aku? Yes I am not. But aku berani nak kata, I want to be Islam. Aku nak bukan sebab aku nak kahwin ke, bukan sebab lelaki ke semua tu...But sebab aku sendiri yang mencari dan mengkaji, which is Alhamdullilah Allah bagi aku hidayah untuk menerima Islam.

It is not something that people always talk about. Why? Sebab ramai fikir yang this is  a sensitive issue. Kenapa jadi sensitif? Bukan kita nak maki pasal agama dia or agama orang lain. No. Tapi ramai yang aku tengok macam budak-budak. Bila cakap sedikit pasal tak boleh makan babi, mula lah nak timbulkan isu, bila orang cakap sikit pasal benda tu orang cina yang masak, mula lah timbulkan isu.

Yang aku nampak orang timbulkan masalah aje. Berlambak sampai ke gunung, tapi takde satupun aku tengok yang bagi penyelesaian. Ingat...Dunia ini bukan manusia punya semata-mata. Walaupun kita rasa kita boleh lakukan apa saja di dunia ini, jangan lalai dan hanyut dengan apa yang kita boleh buat. Kenapa? Sebab aku benar-benar percaya, dunia ini ujian kita. Dan akhirat itu nanti akan menjadi keputusan ujian kita ini....

So still...What is HUDUD? Serius aku tak faham sebab aku belum baca lagi pasal Hudud.

Comments

  1. nanti saya pm awak ye mek....bagusnya awak ada inisiatif nak kaji...semoga diberi hidayah....

    ReplyDelete
  2. Good Mek.. InsyaAllah kalau nda faham.. boleh bah tu difahamkan :)

    Penerangannya memang panjang.. sedangkan saya dengan kawan saya yang non muslim pun panjang perbincangannya.. tapi kawan saya jenis yang memahami.. malah sya boleh katakan, dia lebih banyak faham islam berbanding sesetengah yang lain..

    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, kagumnya aku dgn org mcm ni.. kaji psl Islam. Sdgkan org Islam sendiri rmai yg xtau psl Islam. Apatah lg hudud yg baru saja nk dlaksanakan di Malaysia ni. apa pun sy doakan semoga anda cpt2 masuk Islam. In shaa Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih