Search This Blog

Tuesday, March 17, 2015

Dari Kolesterol Turun Ke Hati


 Sebab tajuk entri ni tak sama dengan gambar yang aku bagi, tapi aku rasa gambar ni lawa sangat jadi aku tetap rasa nak share dekat korang. Sebab tetibe aku jadi fan bunga matahari si sunflower. Maybe sebab tiap-tiap kali laluan aku gi keje mesti aku nampak bunga matahari tu berkembang-kembang macam tersenyum je nampak aku selalu ahaha Imaginasi berlebihan neh!

So apa kena mengena dengan kolesterol. Aiii..Hari tu masa gi buat medical check up terus aku buat blood test untuk test semua lah. Ini merupakan kali kedua aku buat blood test, first time buat blood test rasanya 2 tahun lalu. Masa tu aku ada something kalau tak silap aku limfosit aku ke yang tinggi terus dorang suspek aku kena TB. Masalahnya selera aku takde kurang, bertambah ader lah, pastu nak kata aku kurus memang maintain teddy bear aje. Pastu buat lah kahak test seminggu, rupa-rupanya takde ahaha Aku kan memang jenis tak suka hospital gomen lah terus aku sendiri berhenti jumpa, iyelah dari aku asyik komen yang tak elok baik aku berhenti je kan? Ahaha tindakan drastik yang bodoh, sila jangan ikut tabiat aku yer.

So untuk blood test kali kedua ni aku punya semua normal & okey, kecualiii kolesterolll HDL aku tinggi LDL aku pun tinggi. Apa benda HDL & LDL itu? HDL itu ialah High Density Lipoproteins iaitu sejenis kolestrol yang baik punya, and then LDL itu adalah Low Density Lipoproteins iaitu kolesterol yang jahat means tak baik untuk badan. So aku tinggi kolesterol, tinggi lah...means aku kena stop makan kfc, kene stop makan daging-daging bergoreng semua yang tak elok. Rebus je aku boleh baham. Hahhaa

And then ada satu lagi, hati aku, hati kita iaitu organ badan yang bertindak untuk menyingkirkan toksin dalam badan pun aku problem. Kalau ikut doktor aku kena makan ubat, tapi sebab aku ni jenis liat nak makan ubat aku tanya doktor kalau tak makan ubat boleh ke, doktor cakap boleh je dalam masa 6 bulan make sure you makan yang sihat, yang baik and exercise and then lepas 6  bulan mari lagi datang buat blood test kita tengok. Kalau okey means no need ubat lah, kalau tak okey memang TERPAKSA makan ubat.

Aku ni jenis suka bertanya, annoying sikit. Sikit-sikit suka tanya hahaha So aku tanya kenapa pula hati aku boleh ada masalah sedangkan tinggi kolesterol patut kat jantung? Hahaha Doktor cakap kalau terlalu banyak makan udang ke seafood memang boleh effect kat hati sebab benda-benda seafood ni kan memang actually banyak toksin yang tak elok untuk badan? Sooo hah...memang aku tau lah kenapa aku boleh ada masalah hati tetiba ni..Sebab masa aku tengah dok study aku suka baham seafood ahaha kononnya.

So apa aku punya solution untuk 6 bulan ni????
1. Fully stop makan maggi sebab sebungkus maggi nak seminggu baru segala perencah benda tu keluar dari sistem badan kita.

2. Fully stop makan makanan tin. Aku dari kecik suka makan sardin king cup. Seriously sangat suka...Dah besar ni kurang lah so target is to berhenti sepenuhnya.

3. Fully stop minum cola, minum air tin air manis dalam botol or maybe sebulan sekali? Hahaha Air manis dan manusia memang tak boleh dipisahkan..Setuju atau tidak? Tapi aku rasa aku boleh buat.

4. Exercise atleast 3 times a week. Iyelah, supaya hati aku tak terlalu susah nak tapis toksin dalam badan biar yang lain keluar melalui peluh juga.

5. Minum air putih paling minimum 1.5 liter sehari. Sebenarnya kalau kita rajin minum air kan bagus juga kot. Tapi jangan juga ter'over' lah..Nanti lemas.. ahahaa


3 comments:

  1. Beb stop fast food, canned food and COLA. Its totally not good for you. Air putih 3L sehari bukan1.5 L tau hahaha. cari any supplement Detox utk kesihatan hati you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 liter ek...Patutla hati aku tak aman...ahaha XD Okey TQ :P

      Delete
  2. betapa bahayenya bile kolestrol berlebihan..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih