image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Bila Allah Sudah Jawab

Ramai tak tahu sebenarnya sape aku dalam dunia blog. Tapi itu bukan apa yang aku ingin utarakan untuk entri kali ni. Kalau blog aku dulu memang dah ramai tahu antara aku dengan Islam bukan lah sesuatu yang pelik walaupun aku bukan beragama Islam. Sebenarnya beberapa hari ni aku sibuk sangat sebab ader kursus yang berakhir paling lewat jam 10 malam paling awal jam 9. So rasanya bole je paksa diri untuk buat entri, tapi kursus yang aku pegi ni sebenarnya bagi aku merupakan jawapan yang aku pinta sejak 2 minggu lalu daripada Allah...

Ada sesuatu yang aku ingin buat dalam hidup aku. Yang aku fikirkan aku dah set pastu tinggal aku tunggu berlaku dengan yakinnya. Aku ingat apa yang aku rancang itu semuanya akan menjadi tanpa halangan tanpa dugaan sehingga aku lupa sebenarnya Allah lebih tahu perancangan apa yang lebih baik untuk aku.

Aku menyediakan apa yang patut, aku rancang tanpa fikir yang semuanya boleh berubah dan bila aku mendapat jawapannya pada bulan Febuari ternyata 50% perancangan aku musnah. Tapi dengan berbekal kan harapan 50% itu aku terus kan dengan mengubah sedikit perancangan yang sedia ada. Walhal hakikatnya hampir 90% niat aku pun berubah. Tiada satu pun yang aku rancangan sebenarnya dengan tulus ke arah rancangan penghijrahan aku.



Dan bila aku betul-betul sudah mendapat jawapan itu. Hati kecik aku memberontak walaupun  aku kelihatan tersenyum tanpa rasa stress atau sedih. Memang secara dasarkan aku seperti menerima sahaja apa yang aku dapat. Luncuran kata dari mulut ibarat gembira dan menerima. Namun seperti yang aku cakap...Hati sendiri hanya antara aku & Allah saja yang tahu....

Bayangkan seorang manusia kerdil seperti aku ni...Betapa berusahanya aku cuba untuk mengawal ledakkan perasaan yang bercampur baur... Sudah lah bukan seperti yang aku minta sekolah cina lagi..Astaga ya Allah...Dugaan apa yang Engkau berikan kepada aku ni ya Allah...Sesungguhnya aku sendiri pun rasa macam dunia ini bukan untuk aku lagi..Astaga...Betapa kerdil dan sempitnya pemikiran aku waktu itu....

Sehinggalah aku pi kursus & berjumpa dengan seorang Pensyarah UPSI iaitu Encik Aziz Yatim...Sesungguhnya kursus 3 hari 2 malam itu benar-benar membuka hati aku untuk menerima takdir yang berlaku sekarang. Jawapan yang aku mohon sebelum ini dengan hati yang hampir nak putus asa datang sekali dengan pengisian jiwa aku yang kosong ini...



Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Allah sentiasa ada untuk kita. Luahkanlah perasaan kita kpd Allah.. In sha Allah dpermudahakan

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih