image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Tahan, Jika Sakit Itu Penghapus Dosa

Semalam aku buat benda bodoh lagi. Sebab nak cepat sebab tak sabar aku buka je penutup karburator kereta tu. Untuk pengetahuan korang, penutup air kereta tak boleh dibuka terus ketika enjin masih panas. Kena tungggu sekurang-kurang dalam 50minit hingga 60 minit baru boleh buka dan tambah air.

So untuk sambungan cerita tentang kebodohan aku tu. Aku drive kereta tu actually dekat je pun..tak sampai 3 minit ke rumah nenek. So aku nampak tetiba lak jarum meter dah nak sampai ke merah so aku pun stop & off engine. Pastu tunggu rasanya tak sampai 10 minit aku tengok jarum dah turun.

Yakin je aku nak gi buka itu pun aku buka slow-slow sebab naluri aku macam dah boleh agak air akan terpancut keluar. Sekali memang benar. Naluri kita tak boleh main agak-agak, macam naluri aku selalu betul tapi aku je degil tak nak ikut naluri.

Akhirnya kenalah tangan aku itu dengan air yang panas. Orang patut gi cari air dulu kan? Aku tak, aku sempat hantar anak buah aku gi pekan dalam 30 minit pastu baru aku gi mandi sekali letak air sejuk.

Nampak tak kebodohan aku disitu? Sakitnya bukan kepalang..Aku rendam air paip siap rendam air sejuk lagi. Bukan air sejuk yang dah sejuk. Tapi air sejuk yang aku dapat hasil daripada rendaman ayam.

Aku rasa sakit kena air panas ni memang paling sakit kot...Sakit yang takkan reda. Tapi aku rasa macam dah kurang kot lepas dah rendam kat air sejuk tu..Tapi still sakit...Hari ni sakit lagi tu pun kalau tegesel dengan benda-benda keras ke atau tergaru...Nasib je takde keluar buih-buih berair...



Share this:

CONVERSATION

1 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih