Search This Blog

Saturday, February 21, 2015

Sudah Sampai Masa Ke?


Aku nak kata aku emosi pun aku rasa macam okey je. Kalau nak kata aku desperate sangat pun aku rasa tak juga. Apa benda yang aku merepek ni? Aku tak tahu mainan perasaan apa yang aku ada sekarang ni tapi aku rasa aku perlukan seorang lelaki yang bernama suami.

Sebenarnya aku tak rasa pun aku perlukan sangat. Tapi pada masa yang sama aku rasa aku perlu. Pfftttt....Aku tasa aku nak terjun dari bangunan yang tinggi, bukan bunuh diri ler, I mean buat buggee jumping gitu.

Sebenarnya aku tak yakin pada sistem kapel. Hahaaha..Dan keyakinan aku juga bukan terletak pada sistem jumpa dan nikah terus. Pada zaman sekarang ni aku rasa persahabatan perlu untuk kita saling mengenal. Namun pada masa yang sama kan, aku rasa macam aku terlalu sibuk untuk berkawan untuk mencari pasangan hidup.

Bila bercerita pasal pasangan hidup pulak aku rasa macam aku tak bersedia tapi mahu? Percaya tak aku set umo aku 30 untuk aku nikah. Lepas tu aku rasa lucu pula sendiri. Sebab aku rasa jadi cikgu kalau nak bercintun cintan mesti akan terganggu..Aku kesian nanti dekat murid aku.


Aku sebenarnya agak bingung sendiri dengan perasaan aku tau. Well for one thing..Aku rasa maybe semua manusia yang bergelar hawa mempunyai perasaan seperti apa yang aku rasa dalam usia 24 tahun ni atau mungkin itu semua hanya aku sorang je yang terlalu banyak berfikir.

1 comment:

  1. rasa yg berbelah bahagi. x nak tp nak. mahu tp x mahu. that's how I feel. errrr...

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih