Search This Blog

Sunday, February 15, 2015

PCOS - Polycystic Ovary Syndrome

Apakah benda yang nama pelik-pelik pada tajuk entri aku kali ni? PCOS merupakan salah satu masalah wanita yang disebabkan oleh hormon wanita itu sendiri. Kalau demam ada ubat demam, kalau selsema ada ubat selsema. Tapi untuk bab PCOS ni sebenarnya takde ubatnya yang ada adalah untuk mengurangkan kesan PCOS.

Sumber Gambar daripada GOOGLE

PCOS menyebabkan haid tidak teratur atau macam aku terus langsung tak datang-datang which is agak bahaya kepada mereka yang ingin ada anak sebab boleh menyebabkan sukar untuk mendapat anak. PCOS menyebabkan perubahan pada bentuk fizikal iaitu gemuk, jerawat yang sukar dikawal dan terlalu banyak, diabetes, dan mungkin juga penyakit jantung.

PCOS merupakan suatu sindrom yang tidak diketahui sebabnya namun, ianya mempunyai kebarangkalian yang tinggi merupakan sindrom yang diwarisi secara turun temurun. Namun begitu, PCOS merupakan kesan daripada gangguan hormon dalam badan.

Apakah simptom-simptom PCOS? Simptom dia takde lah terus-terus teruk, dia mula-mula benda-benda kecik dulu...So ni list simptom PCOS
- Jerawat
- Berat badan naik & sangat susah nak turunkan walaupun dah cuba exercise & kurang makan.
- Ada tumbuh bulu atau rambut lebihan pada bahagian muka, dada, perut dan belakang.
- Rambut semakin menipis atau berlaku keguguran rambut yang berlebihan.
- Haid yang sangat tidak teratur. Ada yang mengalami hanya 9 kali sahaja dalam setahun, ada yang langsung tidak mengalami haid, atau ada yang haid darah terlalu berlebihan.
- Susah untuk mengandung
- Mengalami Depresi atau kemurungan.


1 comment:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih