Search This Blog

Saturday, February 28, 2015

Padah Jadi Guru!


Rasa-rasanya topik ni kalau masuk surat khabar memang boleh jadi hangat tak? Aku rasa profesion perguruan ni merupakan satu profesion yang paling banyak pekerjanya & merupakan paling banyak dibenci orang tak kira dari yang muda sampai ke tua, paling banyak disukai dan dirindui tidak kurang juga paling banyak yang dicemburui oleh orang lain. Betul tak?

Iyelah. Kita mula cerita pasal basic gaji dulu. Keje je basic tak campur elaun yang bagai-bagai tu pun dah 2k. Kalau dah campur memang banyak lerrr kan? Sapa lah yang tak nak duit banyak tiap-tiap bulan kan? Lepas tu, kalau sekolah cuti, budak cuti, cikgu pun cuti. Perayaan cuti, cuti sekolah cuti, hujung tahun cuti. Nak kata banyak memang guru ni banyak cuti lah.

Tapi korang sedar tak? Sebenarnya ianya tidak semudah seperti yang korang lihat, korang dengar dan yang korang rasa? Bagi mereka yang memegang title guru, dan yang betul-betul pegang tanggungjawab guru. Gaji yang 2k sampai ber'K' tu sebenarnya bukan semua untuk dirinya. Cuti yang korang jeles sangat tu, sebenarnya cukup-cukup je untuk redakan tekanan darah yang meledak di diparas over heat itu. Kenapa?

Guru ni dia bukan menyampaikan ilmu semata-mata, tapi dia juga pastikan ilmu benar-benar sampai dan diserap murid. Guru ni, dia bukan saja nak jadikan murid berilmu, tapi dia nak mesti jadikan murid manusia. Kalau budak tak ada hormat maka guru bentuk supaya hormat itu wujud dalam diri budak-budak tu. Guru ni dia bukan saja kenal budak dengan nama Ali. Malah guru ni dia tahu juga nama emak si Ali, keadaan keluarga si Ali, tempat tinggal si Ali dan apa masalah si Ali. Kadang kala terlalu risaukan murid yang bernama si Ali.

Dan jadi guru juga, Bukan lah banyak masa terluang seperti yang korang bayangkan. Guru ni dia hebat. Dia reti buat-buat rilek. Dalam hati hanya Allah yang tahu apa yang tengah difikirkan atau yang tengah dirisaukan. Guru ni walaupun dia marah dengan budak yang dah dia ajar benda sama 2 3 4 5 6 kali, dia tak terajang langsung, tapi dia tetap setia mengajar biar pandai walau sedikit. Kalau korang tengok sendiri kadang kala ada guru yang sebab nak ajar anak orang lain, sebab rasa tanggungjawab itu anak-anak dia sendiri secara tidak sengaja terabai.

Aku ni kalau membebel. Memang ada yang jadi keyboard warrior ni yang nak bidas cara setan. Nanti aku rotan kang baru padan muka. Hahahha Sebenarnya aku ni seorang guru baru, yang merasa apa sebenarnya erti perjuangan guru. Nanti aku cerita pasal murid aku dan perasaan aku. Kali ni aku cerita yang aku ni bukan tak nak update blog, tapi sebab aku memang sibuk sampai aku memang boleh tak sempat nak update blog.. kiiikkkkkk

2 comments:

  1. guru baru ke? welcome to a board..haha. sy pun bz..nazir pun nk dtg plak nex week. bagai nak gila rasenye. sakit di hati mmg xde spe yg tau..wuuu

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  2. Ni klau anak murid baca mesti nangis atleast 1minggu baru abis air mata. Hahaha.. luahan seorg guru di blog mbuat diri ini terharu.. tapi mmg btol la guru nmpk je mcm byk cuti tp senanya keje melambak dan mcm2 lg bnda nk kena fikir.. hati seorg guru ni hanya tuhan yg tau caner peritnya nk didik student nk2 yg nakal2 tu.. btw smoga anda menjadi guru yg sentiasa d syangi murid2. Jgn lupa 16 Mei hehe

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih