Search This Blog

Sunday, February 15, 2015

Kereta O Kereta.....

Awal-awal ni masa gi keje memang banyak betul benda yang aku dah belajar pasal kereta. Pengajaran yang aku dapat memang sah-sah buat aku lebih extra careful & actually lebih berpengetahuan sikit pasal kereta. Bila cakap pasal kereta ofcoz lah kereta tu bukan kereta aku ataupun mak aku atau bapa aku. Tapi kereta yang aku guna sekarang ialah kereta uncle aku. Sementara menunggu kereta aku la macam tu....

So pertama kali dalam hidup aku ni kereta berhenti di tengah jalan yang orang tengah sibuk nak lalu. Bukan jalan besar, tapi kira salah satu jalan utama yang orang nak lalu lalang. Aku yang waktu tu tak tahu nak apa hal memang dah sejuk sebab takut & panik. Dah xde ruang nak rasa malu sebab memang aku takut ahahhaa.

Nasib baik jelah ada juga uncle-uncle yang lalu tu kebetulan pulak kenal aku & aku kenal diorang. So berlakulah episod kereta yang aku pandu itu ditolak supaya ianya ketepi tidak mengganggu lalu lintas penguna kereta lain.

Bila buka enjin cari punya cari sebenarnya air kereta hampir dah nak habis. Nasib baik je kereta yang aku guna tu ada sistem kereta mati sendiri bila dah berlaku macam tu. Kalau xde alamatnya memang aku bawa kereta sampai enjin meletup rasanya.

Pengajarannya disini? Bapa aku pesan. Setiap pagi sebelum jalan baik isi dulu air kereta tu. Jangan main agak-agak atau nak set 3 hari 3 hari baru nak isi. Biar isi je hari-hari sebab kite tak tahu kita dah guna kereta berapa lama. Bapa aku tak lah marah juga, dia cuma cakap ini semua pengalaman awak kelak lebih-lebih lagi bila kereta awak dah sampai nanti.

So sini aku nak share sikit pasal benda dekat bonet engin depan kereta tu tentang apa yang kita boleh buat sendiri tiap-tiap pagi sebelum nak guna kereta.

Sumber Gambar Daripada ciklilyputih.com
Benda ni tak boleh dibuka masa enjin kereta panas. Lagi-lagi kalau ada air. Sebab? Air tu akan memancut keluar & panas. AKu baru kena semalam sebab perangai tak sabar. Baru tau. Nasib takde melecur sampai keluar bubble air kat tangan. Dapatlah aku lagi satu pengajaran. Korang kena selalu check air ni sebab ianya berfungsi untuk menyejukkan radiator kereta. Kalau tak sejuk maka enjin jadi panas pastu berhenti lah di tengah jalan nanti macam aku. Bapa aku pun sebenarnya untuk kereta dia, tiap-tiap pagi dia akan buka & check & tambah air...So rasanya lepasni aku pun kena rajin amalkan macam tu.

Air apa yang boleh diletakkan disitu? Air paip ke, air minum ke hehehe...Yang penting korang kena buka penutup yang betul..Jangan salah masuk pula.

3 comments:

  1. orang perempuan bab kereta2 ni kena ambil tahu jga sedikit..sbb risau jd macma ini..kaget tak tahu nak buat apa kan.. tp apa2pun pengalaman banyak megajar kita..hehehe
    kes mcm atas ni pernah jga terjadi..nasib baik ada yg tolong

    ReplyDelete
  2. hahaha betul2...kereta ni kena jaga2 sikit lbh2 lagi bab minyak itam n air tu, karang langsung xboleh nk gerak

    ReplyDelete
  3. Haha.. saya memang fail bab kereta nih... haduihhh malas sungguh nak blaja nih...tolongg...

    http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih