Search This Blog

Tuesday, February 17, 2015

Hakikat Manusia


Manusia yang baik boleh jadi pura-pura jahat. Manakala manusia yang jahat boleh juga berpura-pura jadi baik. Sebab antara jahat & baik seseorang itu bukannya yang kita boleh nampak terus secara zahirnya. Walaupun mungkin kita kenal seseorang itu sudah bertahun lamanya bukan bermaksud kita mengenali orang itu sebenarnya.

Manusia yang cantik pula boleh je menjadi hodoh. Dan manusia yang hodoh pun boleh je menjadi cantik. Itulah peraturan yang manusia sendiri sudah tetapkan. Ada beza antara yang cantik & yang hodoh. Walhal Allah dah bagi cukup sempurna sifatnya, malah diberikan bonus iaitu akal supaya kita mampu berfikir dengan baik dan dengan sendirinya.

Namun manusia yang gemuk tidak boleh menjadi kurus. Begitu juga yang kurus tidak boleh menjadi gemuk. Kerana kita nampak secara zahirnya fizikal seseorang itu.

Apapun. Menjadi manusia adalah perkara yang mudah. Jika dalam hidup kita mempunyai pegangan, jika hidup kita tidak tewas dalam pengaruh dunia. Biar kita jadi apapun...Kita tetap manusia.

2 comments:

  1. manusia yg kuat jiwanya saya yg mampu merubah jadi sebaliknya sama ada nak jadi jahat atau baik nak jadi buruk atau cantik...jiwa lah yg menentukannya, kalau lemah apa pun tak boleh nak buat

    salam singgah

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih