Search This Blog

Wednesday, February 18, 2015

Agama Tidak Pernah Salah. Yang Salah Ialah Manusia.


Sepanjang pengajian aku dalam pendidikan aku rasa masa itu lah aku paling dekat dengan Islam. Dan sejujurnya kadang kala aku ibarat umat Islam yang menyampaikan dakwah kepada mereka yang bukan Islam dan bagi warga Islam aku ibarat mewakili mereka yang bukan Islam bertandang untuk memberitahu bahawa sebagai seorang bukan Islam kami memahami budaya Islam boleh mempelajari budaya Islam sekiranya anda mengetepikan perasaan suka bersangka buruk.

Nampak gambar say no to angpau kat atas tu? Aku sertakan link sekali untuk korang melihat pemilik FB yang post gambar macam ni. Angpau atau Angpao bermaksud kertas merah yang berbungkus. Pemberian angpau sebenarnya bukan berdasarkan kepada jumlah wang didalam kertas. Tapi jumlah kertas merah yang kita akan dapat. Kenapa? Sebab kertas merah itu mewakili harapan yang diberikan kepada si penerima.

Dalam budaya masyarakat cina. Angpau diberikan kepada kanak-kanak, remaja dan mereka yang dewasa dan belum berkahwin. Yang memberi pula ialah mereka yang sudah berkahwin kebiasaanya. Memberi angpau bukan satu perkara yang wajib daripada mereka yang ingin memberi. Sekiranya ada rezeki lebih maka boleh diberikan. Namun kalau tidak mampu, ianya tidak apa-apa sekiranya tidak memberi angpau.

Aku rasa dalam perayaan hari raya sebenarnya takda budaya memberi duit raya. Berdasarkan sejarah, budaya memberi duit raya ini adalah budaya yang dipetik daripada budaya memberi angpau masyarakat cina kan? Lagipun aku rasa budaya memberi angpau dan menerima angpau ini tidak haram di sisi Islam. Dan sekiranya aku salah. Sila betulkan fakta aku. Selamat tahun baru cina semua :)

2 comments:

  1. sy rasa tak salah pun kan..maafkan say kalau tersilap.

    ReplyDelete
  2. mmm setuju juga, tp itu baru bab duit raya/angpau..blom kira bab2 lain lg tu.kalau nk dikira mmg berat sangat2 dah org kita ni....hehe

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih