image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Tips Untuk Mereka Yang Baru Bekerja

Aku pun baru nak bekerja sebenarnya so, kalau tips-tips yang aku bagi ni ada yang tak kena atau ada yang tak berapa sesuai boleh je lontarkan mana-mana yang sesuai dengan cara yang baik. Lagi satu aku rasa tips aku ni sesuai je untuk mereka yang baru bekerja untuk tahun 2015 iaitu bagi aku ialah tahun yang sangat-sangat mencabar khususnya dari segi harga barang atau harga rumah kereta & bagai lagi lah..


So firstly kita mulakan dengan benda yang paling penting bila dah kerja iaitu kenderaan.
Kereta ni aku rasa banyak memainkan peranan kepada orang yang bekerja. So time-time ekonomi tak elok ni apatah lagi bagi yang baru nak dapat gaji better ambik kereta yang tak mahal je. Kang aku cakap murah nanti ada yang merendah diri pula. So better aku cakap yang tak mahal. Biar ambik kereta yang ada basic function as kereta, semakin banyak benda-benda pelik yang korang nak ada pada kereta tu then makin mahal la jadi harga kereta tu. So? Membeli biar ikut keperluan, bukan ikut nafsu minta puji. Kalau nak motor pun okey kot..But kalau hujan then bole minta cuti ke? Huhuhu...


Rumah...How badly you need a house right now? Mula-mula kerja maybe kita fikri kita bole nak beli semua benda segala-gala but actually no. No such thing. Benda-benda harta ni kita kena plan. Bukan ada duit terus rembat ikut suka. Kene pandai tengok market juga. Maybe ada rumah dia jual murah tahun ni kalau mampu then beli. Kalau harga dah lebih dari tak mampu jangan paksa diri sebab kita tak tahu ekonomi tahun depan macam mana.


Ketiga, side income. Yes...you need a side income, I need a side income, they need a side income. Kecuali dah keje orang tu memang dah gaji 3k ke atlas atau dia rasa dah gaji terlalu besar sampai fikir apa yang aku taip ni memang tak masuk akal then sila lah tekan x dekat hujung sana belah kiri. TQ. Side income ni boleh jadi apa je yang korang minat atau suka actually...Maybe korang suka menaip, then boleh je ambik upah wat kertas keje, atau buat assignment orang ahahah Seriously. Kalau yang pro grafik boleh buat video kawen ke, design kad ke, design banner ke, design template blog pun okey aper?


Yang keempat. Rajin survey for sale. Okey dekat watson atau Guardian ni atau mana-mana tempat korang shopping dia ada buat sale diskaun macam beli 2 shampoo dapat harga 1 shampoo atau dia bagi half price je gitu. Bagi some people macam takde makne kan? Tapi sebenarnya benda-benda ni sangat-sangat menjimatkan okey...Seriously...Nak guna satu je tapi kenapa nak beli 2? Hello..simpan la sebagai stock, bukan simpan sampai 2 3 tahun pon kan? Tapi ada sale tak semestinya korang wajib beli, jangan juga jadikan sebagai tabiat. What I meant was that, kalau secara kebetulan benda yang on sale tu benda harian kita & then jarang-jarang ada harga murah, then grab the chance tapi kene tengok tarikh luput. Sebab barang murah ni mesti ada sebab, usually sebab dia nak dekat luput kalau ikut pengalaman aku.


Kelima...Berjimat. Aku pun sebenarnya nak ajar diri aku ni berjimat. Salah satu azam baru? Tak boleh belanja orang sangat-sangat kerap. Hahaha





Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. normally rumah, orang sewa je. :) side income? agreed !! haha.

    ReplyDelete
  2. tips berguna ni. cause sy pon baru nak start bekerja ni.

    ReplyDelete
  3. side income..jimat...azam baru 2015 saya ni =)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih