Search This Blog

Friday, January 23, 2015

Tips Pilih Suami

Okey. Aku sebenarnya tak tahu kenapa tetiba aku ada idea macam ni. Tapi aku rasa idea ni memang logik jika kita lihat dari segi keberuntungan jangka masa panjang khususnya kepada si wanita yang bakal menjadi isteri dan dari segi ekonomi keluarga. So sini aku nak kongsi dekat korang ciri-ciri suami yang patut korang cari yang actually pada pendapat aku serius banyak kebaikkannya. ahahha

[GAMBAR DARIPADA VECTORSTOCK.COM]

1. Si Dia Si Mekanik
Pada aku, jika suami bekerja sebagai suami merupakan satu kelebihan yang sangat banyak sebab boleh safe duit untuk servis kereta. Lagipun suami si mekanik ni korang tak banyak runsing sangat pasal bajet kereta sebab dengan ada si suami mekanik ni mesti kesihatan kereta sentiasa tip top! Hehehe

2. Si Dia Si Tukang Masak
Aku rasa lelaki yang pandai memasak merupakan impian setiap wanita. Mana tidaknya, si isteri mesti tak payah risau tentang menu hari ini kerana si suami yang suka memasak mesti sudah offer diri nak memasak kan? Hehehe Aku sendiri serius aku suka kalau bakal laki aku tu pandai memasak. Sebab aku suka makan ahahha

3. Si Dia Si Tukang Jual Kereta
Kalau tadi si mekanik, sekarang pula si tukang jual kereta. Ramai tak tahu sebenarnya tukang jual kereta ni ada pengetahuan juga bab kereta. Kalau tak reti pasal kereta pun atleast diorang tau sikit. Malah boleh je minta cadangan kereta mana yang best-best kalau nak beli atau tukar kereta. :P

4. Si Dia Si Tukang Kebun
Maybe ramai yang fikir tukang kebun ni kerja mudah. Tapi tahu kah anda sebenarnya tidak ramai yang boleh berkebun? Kalau macam tangan aku ni serius aku cakap kalau bab tanam-tanam 10 aku tanam 1 je jadi. Tapi ayah aku kalau tanam 10 memang 10 yang jadi. So kalau dapat laki tukang kebun memang cantiklah halaman rumah, malah boleh buka nursery untuk tumbuhan lagi tau!

5. Si Dia Tukang Jual Buah
Aku rasa tukang jual buah ni untung tau. Bila-bila masa boleh makan buah ikut musim atau ikut suka, malah boleh dapat buah-buahan yang fresh lagi. Bukan saja boleh makan buah ikut suka free, malah sihat lagi tau!

6. Si Dia Si Posmen
Aku rasa posmen ni boleh jadi tukang google map tau. Sebab diorang tau selok belok jalan. So nak gi mane-mane mesti diorang pakar belok sini belok sana hehehe Safe minyak aper..

7. Si Dia Si Jururawat
Rasanya kalau sakit memang confirm ada oragn tolong jaga kan? Hehehe Sweetnyeeeee :P

8. Si Dia Si Pemandu Teksi
Yang ni pun aku yakin memang jalan tu dia dah hafal lah. Lagipun kalau korang takde kereta nak balik terus hello je "Bang....Ambik sayang kat shopping mall ni..." Hahahaa

Sebenarnya walau apa pun pilihan kita sebaik-baiknya pilih lah yang elok agamanya :) Rezeki itu datang dari Allah. Even kalau kita pilih yang dah keje elok-elok kaya pun Allah boleh tarik balik semua itu. Hehehehe


3 comments:

  1. tak kisah lah kerjanya apa asalkan halal :D

    ReplyDelete
  2. baca tajuk entry terus klik..ahaha...mostly above is my dreams...plus yang ada ilmu agama..

    ReplyDelete
  3. amboi..ahaha.. janji laki tu berkerja,tak mau la kita pula sibuk berhempas pulas cari nafkah kan..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih