Search This Blog

Friday, January 23, 2015

Teknik Melipat AWESOME!

Aku rasa teknik melipat ni dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah dalam hidup korang & aku sendiri. So firstly bermula dengan plastik bag atau bakul plastik atau plastik yang selalu kita dapat kalau gi Giant ke atau er...shopping la... Dah banyak-banyak kat rumah actually kita bole jadikan bakul sampah terus. Jadi gambar kat bawah ajar macam mana nak lipat dengan kemas Huhu..Aku pun amalkan tau kat rumah.

Kalau dapat keropok semua kita selalu tak tau macam mana nak lipat supaya tak terbiar je terbuka macam tu kan. So aku rasa peminat makan keropok harus pelajari cara lipat plastik keropok.
Bagi ibu-ibu yang ada anak kecik dengan baju kecik anak masing-masing. Kini lipatan baju anak anda akan aku kongsi kan supaya anda tidak stress nak lipat baju si kecik ehehe

Ini aku yakin semua wanita ada. Lelaki kalau ada aku rasa pelik juga. Tapi kalau nak belajar lipat no hal la. Aku yakin korang wanita-wanita ada sports bra kan?

Kadang kala kat rumah pun nak juga rasa makan macam kat restoran mahal kan? Kini korang tak payah susah-susah lagi nak makan kat luar sebab napkin dah boleh lipat sendiri. hehehe

Kalau nak yang lebih special, boleh juga cuba yang ni. Kalau ada sesap yang buka restoran boleh juga cuba style macam ni. Cuma kene keje lebih lah hehehe lipat sini sana.

Atau kalau nak nampak macam reben je pun ada kat sini. Yang ni lebih mudah kot. Kalau jenis pemalas macam aku ni memang buat macam ni je. hhuhuhu

Khas untuk si Dia. 

Untuk anak-anak yang masih menggunakan surat cinta. Kini anda boleh jimat 20sen tanpa memberli sampul surat kerana surat anda juga boleh menjadi sampul surat. tadaaaaaa!!!!

Amacam? Dah dapat inspirasi melipat ke?

4 comments:

  1. lipat kainlah bab paling malas sekali. hahah

    ReplyDelete
  2. Cara lipat bag plastic tu je yang diamalkan dekat rumah Nad ni hehehe

    ReplyDelete
  3. osemm.. ada part yg da tahu. tapi yg xtahu tu.... note jadi surat! hahaha

    ReplyDelete
  4. ada yg biasa buat..hahaha.. saya sampai skrang tak pandai lipat baju ,,mesti lari la garisannya.adoi... sbb biasa sangkut terus ke hanger,kemas sikit..hehe

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih