Search This Blog

Sunday, January 18, 2015

Senarai Jenis Manusia Yang Buat Aku Annoys

Aku ni bukan lah sempurna sangat sampai aku nak buat entri pasal jenis manusia hahaha Tapi sebab aku saja nak kongsi dalam entri ni sambil-sambil tu korang pun boleh join sama mencari jenis manusia yang menyebabkan korang rasa annoy disitu ahaha

1. Smokers Yang Tak Prihatin
Okey. Smokers aku tak kisah. Merokok tu hak korang. Tapi perokok yang tak prihatin ni aku tak suka. Apa maksud perokok tak prihatin? Contoh dekat kedai, dah nampak ada family & ada budak-budak kat situ, tapi lepas makan masih juga nak layan nafsu makan asap tu. Kesian tau kat budak-budak tu. Lebih-lebih lagi kalau jenis makan kat dalam kedai, yang ni sorry to say tapi perokok yang merokok dalam kedai memang aku yakin BRAINLESS. Lagi-lagi yang merokok dekat public area sesuka hati walaupun bukan dekat kedai atau restoran..Haihh...

2. Pemandu Yang Conquer Parking
Pernah tak korang nampak kereta yang tengah parking lepas tu parking pun sampai makan tempat kat sebelah yang kosong tu? Aduh. Kalau time-time tengah takde parking lagi lah sakit hari. Nak-nak je aku tinggalkan pesanan mana-mana bahagian kete macam tu. Kalau kene bayar parking ticket aku harap je orang tu dapat 2 terus.

3. Jurujual Yang Cerewet Pilih Customer
Jurujual Buta ni gelaran yang aku berikan kepada semua jenis jurujual kuli yang jenis pemilih layan customer especially bila kita gi kedai-kedai branded kalau ikut pengalaman aku nanti aku cakap jenama kedai kesian lak jenama tu ahaha Tapi serius brand yang kalau aku cakap confirm memang ramai tau malah guna juga ahaha. So jurujual ni cuma akan melayan customer yang pakai dresscode tahap tinggi. Means kalau korang wear makeup, pakai baju fancy, pakai heels tinggi-tinggi baru diorang layan. Kalau setakat pakai t shirt sempoi dengan selipar dia takkan peduli pun korang even korang nak minta saiz untuk test pun muka macam hampeh je..tapi tunggu sampai nak bayar, senyuman mereka pasti sehingga nampak tahi gigi.

4. Pembeli Yang Suka Tanya Suka-suka
Kalau penjual ada masalah kadang kala pembeli pun ada masalah. Ada jenis pembeli ni bila orang tengah sibuk, & dia nampak orang tengah sibuk sebab ramai orang dia boleh siap tanya banyak benda lagi. At the end dia tak beli. Bukan tanya nak tahu. Tapi tanya suka-suka ereiii......

and last but not least orang yang annoys aku

5. Orang Yang Suka Komplen Tapi Tak sedar diri.
Alah yang ni tak payah pegi jauh-jauh. Aku kadang-kadang bising je orang tu macam ni lah orang tu macam tu lah lepas tu tak sedar yang aku pun kadang-kadang macam tu. Lepas tu sendiri annoys dengan diri sendiri lepas tu mula meragam lepas tu lupa lepas tu buat lagi. Apa bole buat lah...depa ni orang biase dengan perangai manusia biase. ahahaha

No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih