image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Jejaka Korea Menggilakan Wanita Malaysia Atau Wanita Malaysia Tergilakan Jejaka Korea?

Tajuk entri aku panjang. Sebab banyak isu yang perlu diperbetulkan. Kadang kala aku pun tak faham pemikiran orang Malaysia ni. Tau kritik, bila kritik bukan nak pakai logik & akal, tapi nak pakai nafsu & perasaan. Lepas tu bila dah berlaku semua tu entah tak pasal-pasal ada pula manusia tu nak salahkan bangsa, nak salahkan agama, nak salahkan kerajaan bagai.


Ibarat orang tu langgar meja yang kerajaan sediakan di suatu tempat tu, lepas tu orang tu langgar dia marah pula meja tu sebab ada kat situ, pastu orang lain pun ikut marah meja tu, pastu nanti ada yang lebih pandai marahkan pula kerajaan sebab sediakan meja tu. Hah nampak tak perkaitannya disitu? Yang aku tahu, Allah sediakan otak & akal kepada manusia. Persoalannya disini, adakah anda menggunakan akal tersebut untuk berfikir? Atau anda menyerahkan sahaja keputusan itu kepada perasaan dan nafsu anda?

Apa pandangan korang & pendapat korang bila korang nampak gambar dekat atas tu? Kalau aku? aku nampak wanita Malaysia yang dipersendakan oleh lain. Paling tepat, wanita Malaysia yang rela dipergunakan oleh orang luar. Biar dia bertudung ke, dia berbogel ke, dia tak bertudung ke pada mata aku dia rakyat Malaysia. Bila isu ini menjadi perbualan luar Malaysia dia tak akan cakap "the muslim girl", dia akan cakap "the Malaysian woman". See?

Yang korang nak gi komen pasal agama lelaki korea tu dengan agama pempuan tu apahal? Agama tu ke berotak? Korea ke yang peluk awek tu atau lelaki tu? Think. Wanita Malaysia di anggap sebagai wanita pemalu, tapi aku rasa memang budaya Asia bukan suka hati nak orang lelaki yang baru kita kenal untuk peluk kita kecuali yang orang kata dah lama bercinta & korang tak boleh menidakkan sebab ianya berlaku di negara kita Malaysia & gambar bersepah-sepah di internet.

So apa yang aku nak sampaikan? Nak luahkan rasa marah jangan ikut nafsu amarah, jangan ikut perasaan. Sebaliknya biar luahkan dengan kata-kata yang berakal. Isu ini bukan pengajaran untuk mereka yang beragama Islam sahaja, tapi untuk setiap wanita Malaysia tanpa kira agama yang ada maruah. 

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih