image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Hakikat Wanita.


1. Wanita yang botak atau tidak mempunyai rambut sama ada disebabkan penyakit ataupun semulajadi tidak perlu berasa takut jika ingin keluar tanpa rambut palsu. Kerana kecantikan anda bukanlah berada pada rambut palsu tetapi dari dalam diri anda sendiri.

2. Wanita yang memilih untuk berhijab adalah wanita yang mempunyai hak. Apa yang anda pakai adalah merupakan keputusan peribadi anda dan tiada kewajipan untuk anda membuka hijab atau berpakaian seksi untuk hidup secara bebas.

3. Wanita yang sering memakai baju yang longgar atau tidak ketat tak perlu terikat dengan pakaian 'kewanitaan' yang seksi. Kerana pakaian tidak mendefinisikan gender anda sebagai wanita. Terdapat banyak lagi pakaian yang sesuai untuk dipakaikan oleh seorang wanita dengan sempurna bukan sahaja pakaian yang tidak cukup kain itu.

4. Wanita yang tidak menghiaskan mukanya dengan 'make-up' ialah wanita yang berani. Jika ada sesiapa yang menegur kenapa tidak memakai 'make-up', maka beritahu sahaja kepada mereka bahawa muka itu milik anda & mereka tidak perlu memberitahu apa yang perlu ada di muka anda.

5. Wanita yang menggugurkan kandungannya tidak memerlukan cacian atau pendapat negatif anda kerana yang merasa keperitan itu ada dia. Walau apapun sebab anda, adalah lebih baik daripada mereka yang melahirkan anak dan membuangnya di merata tempat.

6. Wanita yang berani menunjukkan kesan parut di tangan akibat perbuatannya yang memotong diri sendiri bukan wanita yang tidak pernah menyesal. Tetapi mereka adalah wanita yang berani mengakui kesalahan dan kini berusaha untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik.

7. Wanita berusia sudah pasti mempunyai rambut putih. Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa anda perlu mewarnakan rambut putih anda kerana anda kelihatan tua maka biarkan sahaja mereka itu. Kerana setiap manusia akan menjadi tua, umur yang meningkat bukanlah sesuatu yang patut kita malukan, rambut anda ialah milik anda dan warna rambut bukan penentu apa yang menggembirakan anda.

8. Wanita yang menjadi mangsa rogol. Anda tidak berkeseorangan. Ianya bukan salah anda. Pengalaman tersebut tidak mendefinisikan keperibadian anda sebagai manusia kerana anda sebenarnya begitu berharga.

9 Wanita yang sudah tua pasti mempunyai kedutan kulit. Pedulikan semua ubatan botox yang tidak bermakna itu kerana mereka yang tidak dapat menerima diri anda seadanya boleh terus melihat patung.

10. Wanita yang memilih untuk tidak mempunyai anak. Untuk menjadi ibu ialah pilihan anda sendiri, mana-mana keputusan anda pun tidak akan menurunkan darjat anda sebagai wanita.

11. Wanita yang gemuk. Badan besar bukan penghalang kepada diri anda untuk melakukan apa sahaja. Anda tidak perlu untuk terus membiarkan pengaruh model-model yang kurus sebagai perantara diantara anda dan kebahagian anda kerana setiap manusia mempunyai hak untuk mendapat kehormatan diri.

12. Wanita yang kurang upaya. Kekurangan apa yang ada pada anda? Pada pandangan saya kita semua sama. Jangan jadikan kekurangan anda sebagai alasan untuk mendapat belas kasihan kerana kita semua adalah sama di sisi Allah.

Apa pandangan korang sebagai wanita. Apa fikiran korang masa korang tengah baca semua ni? Jika semasa korang baca korang berfikiran negatif, maka negatif lah ayat-ayat tersebut. Jika di fikirkan secara positif, maka baiklah yang korang dapat. :)

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. semua yang kita buat bergantung pada prinsip kita sendiri kann :D

    ReplyDelete
  2. Wanita kena ada sifat malu yang tinggi. ")

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih