image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Hai 2015, Bye 2014.

Hai semua. Hari ni hari pertama tahun baharu 2015. Aku pun baru je nak buat entri setelah menghilang agak lama sedikit tahun lepas. Cewahh macam lama betul tahun lepas tu kan, padahal baru je semalam. Eheheee..

Tahun baru ni biasanya orang ada azam baru, cita-cita atau kemahuan baru kan? Ada yang nak kawen tahun baru ni, ada yang nak bertunang, ada yang nak beli kereta setelah setahun takde kereta, ada yang nak pindah rumah, ada yang nak tambah anak, ada yang nak tambah anak kucing, ada yang single nak jadi double, ada yang kurus nak jadi gemok, ada yang gemok nak jadi kurus....Haih..Kalau aku taip semua ni memang korang pun pening nak baca ehehee

Sebenarnya azam tu baik so ada benda yang kita nak capai untuk diri kita pada tahun yang kita sedang lalui tu. Tapi sini aku nak share sikit tips nak letakkan azam so azam tu tak lah jadi terlalu senang untuk kita capai & tak juga terlalu payah kita nak kejar. Huhu...

So macam mana kita nak letak azam untuk tahun 2015?

Firstly : Jangan letak azam tak logik

  • Apa maksud azam tak logik? Azam tak logik ni macam kemahuan yang kita tetapkan tapi kalau ikut logik memang tak boleh nak dapat. Walaupun nothing is impossible kononnya tapi contoh lah kalau azam korang untuk tahun 2015 ni kononnya aku nak beli FERRARI warna merah padahal keje baru kerani ataupun cikgu ataupun pengurus giant. Hah itu maksud aku. Kalau korang yang sedang baca entri aku ni anak tauke besar yang memang dah ada FERRARI sila scroll down, kalau tak puas hati boleh belikan aku satu VIVA pun aku terima. Ahahaha
Secondly : Jangan letak azam yang menyebabkan korang terseksa
  • Yang ni pula apa benda? Ada ke azam yang menyeksakan? Ada...Sape kate tak ader? Contohlah azam korang tahun ni nak kawen dengan pakwe@makwe yang dah lama korang suka, cinta, tunang, admire, stalk, simpan, kawan atau apape hahaha...Bajet yang korang bole buat untuk majlis semua maybe 50k je kononnye tapi azam korang set sampai 150K sebab nak buat majlis macam Marian Rivera atau macam Che Ta tahun lepas lepass.... Sila bangun dari angan-angan sebab diorang tu banyak dapat sponsor sebenarnya, so jangan letak azam sampai 150K atau jangan simpan azam yang menyebabkan korang terseksa. But kalau korang rasa azam kahwin 150K tu menggembirakan korang then...sapelah aku nak halang korang kan?
Thirdly : Jangan letak azam terus sampai ke puncak
  • Manusia ni memang suka ada azam yang tinggi-tinggi, besar-besar dan gagah. Tapi jangan lah sampai melebih-lebih pulak. Contohnya nak jadi Perdana Menteri. Hhmm.... Aku rasa yang tu memang terlalu tinggi especially untuk seorang wanita. Maybe kat Malaysia susah paling tinggi yang korang boleh azamkan ialah timbalan perdana menteri je. Tapi kalau rasa-rasa dapat capai azam tu maybe dekat US bole. Kan? Ataupun tahun ni azam nak mengakhiri zaman bujang tapi calon mestilah dari keturunan raja-raja...lepas ni boleh korang google untuk cari mana bujangan keturunan raja yang single. Pastu?
Fourthly : Jangan letak azam yang terlalu banyak merepek
  • Situasi 1 - Tahun ni aku nak kurangkan lemak aku dalam 1KG, lepas tu aku nak potong rambut aku bagi pendek sikit, pastu aku nak beli 3 helai baju je dalam setahun je, aku nak beli sebiji kereta, aku nak melancong luar negara maybe Thailand?, aku tak nak makan daging dah sebab nak jadi vegeterian, blaa..blaa..blaaa
  • Situasi 2 - Tahun ni aku rasa aku nak beli kereta lagi satu lah, pastu aku nak beli rumah, pastu aku rasa aku perlukan sofa baru, rasanya beg pun aku kene bli baru ni hari tu nampak beg Channel biru lawaaaa, henpon pun dah macam hang je kene nanti nak beli I-phone lah yang baru tu, tapi nanti nak kene layan kat keje lagi coc lagi aku rasa nak beli juga Samsung Note4 tu tau....Pastu bla..blaablaaa
  • Get what i mean?
Hahaha semua ni untuk panduan dan hiburan je. Jangan lak korang terase ye...Huhuhu...Happy New Year. Muahhh!!! Ahahaha

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih