Search This Blog

Wednesday, January 14, 2015

Dapatkan Side Income Dengan Cara Yang Mungkin Unik.

Aku tau ramai yang sedang cari jalan untuk dapatkan side income demi memiliki atau memenuhi impian yang sudah lama terkalbu di hati itu. Macam-macam promosi program lah..pakej lah..skim lah yang kononnya memberikan pulangan yang berlipat ganda daripada apa yang kita bayar. Kan? So disini aku nak share sikit cara lain yang osem untuk korang dapat side income. Kalau nak ikut boleh je, takde paksaan dan korang tak perlu cari orang bawahan untuk menjalankan tugas ni.

1. Menyanyi Di Tepi Jalan @ Tepi lorong keretapi @ Tepi menunggu LRT @ Tepi Stesen Bas
Aku rasa aku suka tengok kalau ada gig yang best lagu dia sendiri menyanyi dekat tempat-tempat macam ni. I really mean lagu sendiri. Kebanyakkan aku dengar diorang playback lagu yang memang dah ader. Aku suka yang berbeza & baru. Mana nak dapat? Actually boleh tau dapat side income macam ni. Malu? Aloooo bukan ko pegi mencuri duit poket orang ko nak malu.

2. Yard Sale
Ini selalu aku nampak dekat TV untuk orang putih. Memang biasa sudah aku tengok benda yang elok tapi diorang tak nak pakai diorang buat yard sale. Murah & maybe orang lain boleh guna juga. Tapi dekat Malaysia ni aku tengok lebih ramai orang suka simpan dekat stor sampailah benda tu nak reput bangkai baru nak buang. Kalau yang nak sedekah tu elok lah..Hehehe...

3. Jual Hasil Jahitan
Aku rasa yang ni ramai awek-awek ada hobi menjahit kan? Kadang-kadang berlambak hasil menjahit di rumah sampai tak tau nak buat apa. So kenapa tak jual? Tak payah letak mahal-mahal. Nanti dah ada customer, dah ada banyak order baru letak harga kaw-kaw ahahhaa

4. Jual Lipas
Hahaha ini confirm ada yang pengsan. Tapi tahukah anda ada sejenis lipas yang korang boleh pelihara dan jual kepada mereka yang memelihara haiwan yang perlu makan lipas tu. Kalau tak silap aku lipas madagascar ke? Ala...Yang Sugar glider boleh makan tu...Aku tengok ada member aku pelihara memang laku juga jual tu. Makan kene jaga la..buah ke sayur ke untuk lipas tu..Bukan lipas yang berkeliaran kat rumah korang tu tau!

5. Jual buah @ sayur?
Sekarang ni aku rasa jual buah pun ok aper. Tapi kene tanam lah dulu baru dapat hasil. So? Tanam apa yang cepat nak tumbuh & membesar. Seperti? Seperti buah betik..Tembikai..Jagung...Tomato..Lada...kangkung tak payahlah..petik je tepi-tepi longkang..ahahaha

Lain-lain lagi? Kang aku banyak bagi idea orang lain nak bagi aper? Hahahha

2 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih