Search This Blog

Wednesday, January 7, 2015

Baru Nak Berazam Kononnya Tapi Merapu

Aku ni kalau nak citer pasal azam memang azam dari tahun ke sebelumnya lagi lah aku rasa tak tercapai. Tak besar pon, tak juga kecik. Azam aku cuma nak jadi kecik sikit. Ada jugak jadi kecik, rasanya kira tercapai lah juga kan walaupun dah besar balik, sebab azam cuma nak jadi kecik, bukan nak jadi kecik sampai tahun yang aku tentukan, ye dok? Hahaha

So apa azam aku tahun ni? Aku nak merantau. Merantau sambil mengelilingi Malaysia. Kik. Entah keje dapat mana. So kiranya tempat aku keje ni lah permulaan untuk aku merantau. Aku dah 24 tahun dok tempat yang sama je, tolak 5 tahun aku gi study degree lah...So still...Aku rasa aku suka berjalan. Setiap tempat ader budaya yang aku rasa manarik & best-best.

Aku lebih banyak suka tengok daripada beli kalau berjalan. And then aku suka backpacking style, biarpun dalam Malaysia aku tetap backpacking style. Ada aku kisah? Kalau berjalan untuk benda yang aku suka, aku boleh jalan tanpa henti beb. hambik ko. Paling aku suka is hiking. Adoiii...rindu aku dengan hutan tau tak. Rindu aku dengan bukit-bukit dengan tanah-tanah dengan pokok hutan pelik tu sume.

Aku rasa aku boleh jadi monyet tau tak. Ahahhaa Tapi aku tak sanggup makan daun dengan serangga, tu je. Sebab aku ni pemakan ayam. Maybe aku boleh jadi dinosor hahaha. Lain kali aku nak cari pakwe yang suka apa yang aku suka. Kalau dapat jenis yang suka hotel-hotel mewah-mewah memang mati lah aku jadi mak datin. Aku tak larat pakai barang kemas, aku tak larat jadi ladies Hahaha Kesian aku ni tau. Kene masuk kelas ladies untuk belajar jadi ladies.

Aku rasa aku nak cari pakwe yang suka masuk hutan. Ader ke yang nak jadi calon sini? Jangan asyik bawa gi taman ke zoo la..itu hari-hari biasa aku pun boleh pegi. Hahaha

1 comment:

  1. best nye marantau dapat tgk kebesaran allah.. :)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih