Search This Blog

Tuesday, January 20, 2015

Barang Yang Wajib Dibeli

Hari tu aku cerita pasal beli kereta. Sebab aku rasa kereta merupakan sebahagian daripada keperluan yang penting khususnya kepada yang bekerja. Tapi andai kata korang punya tempat kerja tu mempunyai kenderaan awam yang sangat baik, maka kenderaan tidak menjadi keutamaan korang sebab korang boleh safe lebih banyak melalui kenderaan awam.

So kali ni aku nak kongsi pulak cerita pasal barang keperluan rumah. Means, korang dapat keje, tapi tempat keje tu jauh dari rumah mak bapak korang & pada masa yang sama korang terpaksa menyewa. Dah lah menyewa, rumah tu pulak kosong. Hah..Time ni korang kene rancang sebenarnya apa yang perlu didahulukan untuk kemudahan korang sendiri.

1. Tilam.
Nasihat aku? Kalau mampu terus beli yang ok. Beli je tilam, tak payah lah nak beli sampai set-set kecuali korang ada beli rumah. Kalau betul-betul tak mampu beli yang biasa je. Kenapa aku kata kalau boleh beli terus tilam yang ok? Sebab tilam ni bukan macam sayur, tilam ni korang akan guna tiap-tiap hari mengikut masa tidur korang. & tidur merupakan satu aktiviti yang penting untuk merehatkan diri korang atau menyebabkan korang terseliuh sini sana bila bangun nanti.


2. Baldi + gayung + segala jenis sabun +Berus gigi

Walau apa yang berlaku. Baldi & gayung pada pandangan aku adalah amat penting. Sebab? Ok korang tak tahu keadaan tekanan air kat rumah tu macam mana. Biarpun ada shower manelah tau rumah tu shower dia air tak sampai kan? So baldi pada aku paling penting dengan gayung. Takkan nak mandi sekali tuang dengan baldi ke. So lepas dah pilih baldi & gayung kegemaran korang kat kedai, boleh lah ke bahagian sabun untuk menghidu mandian kegemaran korang ahaha.


3. Hanger / Penyangkut Baju

Penyangkut baju tak boleh lupa. Serius. Jangan lupa. Penyakut baju bukan sahaja untuk menyangkut baju korang yang dah kene gosok, tapi untuk memudahkan korang menyusun baju. Yang gambar kat atas tu pula tempat korang nak sangkut baju korang. Bagi aku kalau korang jenis bukan cerewet boleh gunakan benda tu sebagai almari baju terus. Boleh juga digunakan sebagai jemuran mudah alih yang kecik. Serius aku cakap benda ni senang nak pasang, senang nak buka. Sebab masa praktikal dulu ini lah almari aku & memang mudah. nak pilih baju pun senang. Aku cadangkan kalau korang minat ambik yang kenis berpenjuru macam yang putih tu. Sebab kalau jenis bulat nanti korang letak baju banyak sangat dia akan jatuh ke tepi-tepi... :)


4. Heater 
Rumah baru aku yakin dapur takde. Lepas tu takkan nak beli dapur kan? So heater paling penting. Bukan sahaja menjadi sumber air minum panas & air biasa. Tapi juga menjadi sumber punca untuk masak megi ketika laparrrr. Macam yang aku cakap. Kalau mampu belilah yang terus ada air sejuk punya gitu ke yang ada duo. Kalau tak mampu beli yang heater biase tu pun boleh jadi jugakk...


5. Kunci Mangga
Orait. Ini paling penting sebab itu dia berada di bawah entri. Sebab kroang akan lebih ingat pada benda terakhir yang korang nampak. Apa nak buat dengan kunci mangga ni? Nak tanam jadi mangga ke? atau nak buat asam? Ooo...Bila kita berada di tempat baharu, sila tukar kunci mangga yanga da dirumah demi keselamatan diri korang sendiri. Bukan tak boleh guna yang lama tu. Boleh je, tapi takut lah nanti ada orang tu ambik kesempatan nak teman korang tidur kan kat rumah..Atau diorang nak pinjam barang ke tapi malu nak tanya korang...nah...kan rugi..hahaha





2 comments:

  1. Ini betul-betul gaya hidup pelajar masakini :P

    ReplyDelete
  2. ingatkan heater tu yg dlm bilik mandi hahaha...

    *sy ada tag GA kat mek hehe :peace

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih