Search This Blog

Wednesday, January 21, 2015

Bagaimana Nak Atasi Sendiri Henfon Bermasalah?

Smartphone walau macam mana canggih pon mesti ader juga problem sikit-sikit yang kadang kala korang sendiri pun pening nak tau kenapa & pening nak tau macam mana nak fix kan? Lepas tu kalau nak bawa gi kedai takut lak tauke kedai tu sendiri buat cerita nanti yang rosak tak baik-baik, yang baik pula semakin rosak. Bukan semua hehehe.... So sini aku nak kongsi sikit berdasarkan pengalaman aku sepanjang mendapat khidmat nasihat & pertolongan orang lain ni mengenai henfon diorang.


1. Restart Jer...
Ini bagi korang macam tak masuk akal kan? Kenapa nak restart henfon aku kalau dia bermasalah? Hehehe hampir 50% masalah henfon yang aku jumpa, cara penyelesaiannya ialah restart je. Serius aku katakan, cuba korang restart je InsyaAllah masalah korang tu memang terus selesai.

2. Bateri
Pernah tak korang punya skrin tu kat tengah tiba-tiba macam korang nampak ketulan? Bukan ketulan timbul. Maksud aku ada lah skrin macam kene tekan gitu. Jangan korang panik & aku pun boleh jamin yang itu bukan daripada skrin korang tetapi dari bateri korang. Pernah dengar tak bateri kembung? Benda-benda ni korang kene alert tau sebab bila kembung dah melebih-lebih, ibarat belon boleh poopp!! So antara tips nak tau bateri kembung? Letak henfon korang seperti biasa kat meja dan cuba pusing kan, Kalau dia boleh berpusing sendiri beberapa kali macam gasing maka korang kene check bateri korang. Untuk pengguna I-phone? Sorry part ni korang tak bole pakai. hehehe

3. Power Saving
Ramai yang tak sedar sebenarnya dalam henfon korang especially Samsung ada perisian untuk power saver. All you need to do is switch it on. Bateri aku untuk Samsung S5 kalau tak on Power saver main-main COC main-main was sap semua memang than sampai jam 1 tengahari. Kalau dengan Power Saving? Boleh tahan sampai petang dalam jam 5 atau 6 gitu. Hah...Tahan tauuu...

4. Recent Apps
Ramai yang tertanya-tanya juga kenapa dah letak power saving tapi bateri tetap cepat kong? Lepas tu kenapa henfon ni panas sangat kan? Sebenarnya kadang kala kita buka banyak sangat apps bila kita keluar kita ingat apps tu dah ditutup. Sebenarnya apps tu masihlagi berjalan dan korang kene exit secara manual :)

5. Tak Perlu Banyak Software
Aku tau ramai pengguna smartphone especially awek awek ni nak je nampak henfon dalam tu comel-comel & canggih-canggih ye dok? Kadang kala bila kita dah download terlalu banyak sangat software maka akan menyebab pemprosesan dalam henfon jadi berat juga. ibarat lori, makin banyak barang ko letak dalam lori maka makin lambat lah lori tu nak jalan kan? Hehehe


6 comments:

  1. good tips...skang ni henfon cangggih mana pun mesti hang jugak kadang kadang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..Makin canggih makin banyak ragamnya..huhuhuuu

      Delete
  2. info yg berguna. bole try nanti. test bape lama fon boleh tahan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah okey. Nanti jangan lupa kongsi tau! Hehehee

      Delete
  3. Replies
    1. Arrgh....Kalau reti nak root boleh la...hehehe :P

      Delete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih