image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Azam Tak Berapa Nak Kurus

Sebab azam aku tahun lepas ada satu tak lepas maka aku bawa je kehadapan iaitu ke tahun 2015. Kalau yang kurus azamnya nak gemok, aku yang gemok ni sudah pasti azamnya nak kurus. Takkan lak aku berazam nak tambah lagi sekilo kot?

Tapi aku ni memang bab makan aku suka la. Nasib je lah aku ni bukan chef feymes yang kene buat show rasa makanan di sini sana. Kalau tak memang confem selalu korang jeles tengok aku makan. Hahahah...

So tadi, as in hari kedua tahun 2015 aku buat sit up dengan side leg entah angkat angkat gitu. Sit up aku buat 150 dengan harapan perut  gendut ni kurang lah walau 1 cm. Hahaha Perasan. Esok kalau takde aral melintang seperti mengantuk extreme atau lambat bangun atau bad mood. Maka aku bercadang nak mengeluarkan peluh dengan berlari anak-anak ayam di atas treadmill yang aku rasa macam paling jarang aku guna sebab meamng aku sebelum ni jarang kat rumah.

Sebenarnya bole je aku ni nak slim. Tapi aku takde kemahuan yang tinggi sangat nak kurus. Kalau aku nak sesuatu sangat memang aku akan buat & redah walau ombak harus ku tempuhi. Macam berenang. Mak ai memang aku nak sangat belajar sampai sanggup je redah kolam yang dalam & akhirnya dah boleh snorkelling tanpa pakai life jacket, tanpa perlu rasa takut sehingga ke tengah sikit itu lautan la... Hehehe...

Tapi aku rasa memandangkan kemahuan aku kurus tu belum sampai ke priority list, maka sebab tu lah aku tak berape concentrate nak kurus kan? Ada ke macam tu? Apa pun mari kita jadikan sihat sebagai azam utama kita. Gemuk tak bermaksud sihat, kurus tak bermaksud sakit. Gemuk tak bermaksud berpenyakit, kurus tak bermaksud sangat sihat. Hahahaha makin taip makin panjang, nanti makin menyampah... Selamat malammmmm. Muah!

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. Kurus??? Hehe.. In shaa Allah hujung tahun kang kurus lah tu.

    Btw, tentang header tu, agak menarik jugak bunyinyaa :D

    ReplyDelete
  2. btl tu...asalkan sihat ok lh.sb kurus sgt pn x cntk gak

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih