Search This Blog

Thursday, January 8, 2015

8 Benda Wajib Masa Zaman Aku Budak Berhingus

Yang aku tau, bebudak zaman sekarang ni kalau dah besar nanti pengalaman masa dorang budak lagi cerita mesti pasal tab atau ipad atau henfon mak bapak dorang. Aku tak nak komen benda-benda tu sebab aku takde anak & aku tak tahu apa aku akan bagi kat anak aku bila aku ada anak nanti. Tapi yang pasti, masa aku kecik aku ada banyak benda lain selain kaca yang ada gambar bergerak-gerak tu. Sini aku nak kongsi sikit dengan korang.

1. Tamagoci

Benda digital ni kecik je. Aku ader lebih kurang 5 atau 6  biji. Sebenarnya aku tak berapa minat benda ni pun tapi sebab aunty aku dulu selalu suka bagi aku mainan kan, benda kerap aku dapat ini lah. Kalau sekarang pou. Hahaha 


2. Kertas
Zaman aku kecik dulu-dulu aku rasa even kalau tak ada mainan pun ada kertas semua bole jadi. Kalau bukan main lipat-lipat, main lukis-lukis atau main bom bom sebiji-sebiji dengan warna pen yang berbeza. Betul tak?


3. Fullset Pen & pensel warna
Aku waktu kecik nampak benda ni boleh gila tau tak. Tapi kan mahal, pasti mak bapak kita tau yang kalau beli benda ni mesti confirm bersepah sini sana. Aku pun kalau ikut hati beli memang confirm bersepah. Ada satu jenis penyakit, kalau satu warna kayu dah pendek semua kene ikut sama rata. Hahaha Budak seni psiko.








4. Kad Pokemon
Dengan katun-katun sekali aku minat tau benda ni. Korang tak tengok ke? Giler katun dulu lagi best tau tak. Aku rasa macam nak ada seekor juga tapi nak dapat mana naga eko berapi tu ek?







5. Pelekat lekat lekat
Yang ni membuatkan aku rasa macam spiderman. Selalu bole dapat dalam bola-bola 50sen tu. Lepas dapat terus jadi spiderman & selalunya peti sejuk lah yang jadi tempat melekat. Hahahha










6. Burung ajaib
Letak kat hujung jari pastu boleh je burung tu terbang macam tu. Mula-mula aku betul-betul ingat magik tau..Tapi letak kan jari aku boleh pula ahaha Pastu ingat diri sendiri pandai buat magik. Loll Burung o burung...






7. Game Yang Mustahil untuk korang menang
Yang ni aku sendiri pun tak tahu lah kenapa aku boleh ketagih nak main hahaha. Selagi tak dapat masukkan semua ring tu memang main sampai malam la. Kadang kala aku boleh bergaduh dengan kawan tau sebab nak rampas benda ni ahahah Kalau bagi kat aku sekarang pun aku masih nak main juga.








8. Video Tape
Yang ni pun aku banyak. Siap boleh buat istana lagi tau. Ahahaha Confirm tka mudah hilang, tak mudah rosak. Bekas dia lagi best, aku suka buat jadi pensel case ahahha Macam cool je kot.  XD








Semua gambar tu aku pinjam dari Buzzfeed.com okay ahahhaa

5 comments:

  1. Stuju ngn no 7 tu. Nyampah main dngn bnda tu tp addicted gak :3

    ReplyDelete
  2. singgah sini ye ! singgah la blog shahril pulak .

    ReplyDelete
  3. dulu selalu jugak spamming main pelekat lekat-lekat tu.. saja buat member annoyed hahaha
    jemput singah blog sy yer

    ReplyDelete
  4. waahhh mengimbau kenangan giteww.

    Dear, tarikh tuntut hadiah dah nak dekat :) beri detail secepat mungkin yee.

    http://kamamimi.blogspot.com/2015/01/pemenang-first-giveaway-by-kamamimi.html

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih