Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Apabila bro HH mula mengadakan segmen selalu aku kalau bukan ter'miss' mesti tak tahu. So selalu aku tak dapat join walaupun aku tahu aku bole menang. Ahahaha Ok gurau je. So kali ni bro HH ada buat lagi segmen yang aku rasa memang sesuai dan wajib disertai mereka yang memenuhi syarat bro HH untuk segmen ni
  1. Sebuah blog daripada platform blogspot (mesti ada .blogspot.com) 
  2. Blog yang ada kurang daripada 500 followers
  3. Blog yang trafik atau jumlah pageviews kurang dari 10,000
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Sebenarnya aku dah berkecimpung dalam dunia blog ni kira lama dah...Cuma waktu awal-awal tu aku lebih sibuk study & beberapa masalah peribadi yang terheret sehinggalah aku menutup blog aku yang lama & tiba adanya yang baharu ini. 

Dari awal aku buat blog ni tujuan aku hanya satu iaitu to bring the good things to everyone. Aku suka kongsi pendapat, aku suka kongsi pengalaman & aku suka kongsi benda yang aku tahu supaya mereka yang membaca dapat kebaikan daripada apa yang aku sampaikan. Untuk memudahkan dan meringankan apa yang menyusahkan atau memberatkan pemikiran mereka. Huhuhu...


Secara jujurnya follower merupakan pemberi semangat aku. Iyelah, sape tak rasa bersemangat & gembira kalau follower semakin bertambah kan? So bagi aku,bilangan follower menunjukkan bilang pembaca yang ingin meneruskan bacaan penulisan aku, so aku sangat-sangat berharap aku dapat ramai follower hehehe..


Jika berpeluang pun aku sebenarnya nak jadikan blog sebagai tempat untuk aku menjana income. Tapi itu mungkin nantilah. Sebab itu bukan matlamat utama aku kerana misi aku dalam dunia blog Malaysia ini ialah ingin memberikan informasi kepada pembaca. Diiringi dengan visi aku iaitu ingin melihat penulisan aku diterima sehingga ke luar negara. huhuhu...


Nama Blogger : Mek Zumbie

Emel : sumandakkonsun@gmail.com
URL Blog : http://mekzumbie.blogspot.com/


Beli Yang Mahal Dengan Harga Murah

Kita ni kadang kala nak sesuatu tak boleh nak tunggu kan? Kalau boleh mesti nak dapat on the spot atau dalam waktu tu juga kan? Heh jangan risau. Tabiat itu memang ada pada hampir semua orang, itu namanya tidak sabar. Macam aku, kalau dah minat mesti nak juga dalam masa terdekat. Tapi syukur lah kot...Takat ni memang dah pandai kawal rasa kemahuan tu, reti nak tunggu reti nak bersabar juga. Orang kata biar kita belajar daripada kesilapan, kesalahan & pengalaman. Jangan dah berlaku sekali tapi tak reti-reti nak jadikan sebagai pengajaran.

So dalam masa tiga hari lagi tahun 2015 akan tiba. Biasanya hujung tahun ni dan awal tahun depan nanti mesti banyak barang-barang ada diskaun. Kalau takde diskaun pun dia akan ada freebies, free goodies yang sangat banyak & menarik. So sebenarnya ini lah waktu-waktu yang sesuai untuk korang dapatkan barang mahal yang korang impikan dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.  Contoh benda yang paling mahal bagi aku la...Ialah kereta.

So kenapa dengan kereta hujung tahun ni? Kalau korang perasan kan, kalau hari-hari biasa, bulan-bulan biasa harga kereta contohnya 50k dengan free service maybe setahun gitu. Tapi kalau hujung tahun korang tengok harga kereta 50k dengan rebate RM2500 dengan free car service 4 years sampai gitu. Tak percaye? Cuba korang gi tengok sendiri hahaha

So why things mostly got cheap during the end and earlier new year? Sebab diorang yang jual stock lama & dapatkan stock baharu. Itu semua normal & actually walaupun korang dengar dia dipanggil stock lama, tapi dia tak lama pun sebenarnya, duma diorang nak ambit masuk kete baru gitu so terms dia panggil lama la...

So? Macam mana? Beli lah dengan bijak hehehhe

Friday, December 26, 2014

Update Untuk Hari Ini

Aku tau belog aku ni dah sunyi sikit. Lepas update terus hilang hilang kejap, pastu ada lagi. Macam kentut lah, kejap-kejap rasa nak kentut kejap-kejap takde. Tapi malangnya aku bukan kentut, aku cuma tukang kentut je. Hahaha

So aku ni boleh lah dikatakan agak sibuk beberapa hari ni. Sebab aku kan tengah keje. Aku keje sementara tunggu panggilan keje. Kalau dok tunggu tak buat apa-apa aku rasa macam siput je lembap.... So demi mengelakkan masa daripada terisi dengan aktiviti baring tidur makan baring tidur makan je, maka aku pun keje macam biasa.

So macam biasalah, asal hujung tahun je mesti hujan & banjir. Itu dah memang berlaku tiap-tiap tahun rasanya dari aku kecik sejak aku kenal apa itu banjir besar 1997. Serius aku cakap ni. Dari 1997 aku kenal banjir macam sampai tahun 2014 ni banjir tetap berlaku. Kan? Aku tahu mesti ada yang akan cakap "itu semua ketentuanNya". Memang aku setuju tapi kene tambah sket, itu semua bergantung pada kita. Tiap-tiap tahun banjir berlaku tapi apa yang kita dah buat supaya banjir tak berlaku? Sampah berlonggok dalam longkang, memang tak logik lah kalau Allah dah tentukan supaya sampah tu berlonggok dalam longkang? Ye dok?

Maybe hujan tu kita tak bole nak halang daripada berhenti. Tapi aku yakin ada benda-benda kecik yang kita sebagai manusia boleh kawal dan elak di lakukan untuk menghalang kesan banjir ni. Well apa pun, sebagai manusia bila banjir dah berlaku apa yang bole kita lakukan ialah berdoa semoga apa-apa kejadian buruk tak berlaku dan semoga mereka yang menjadi mangsa banjir itu diberikan kekuatan fizikal & mental untuk menghadapinya.

Tuesday, December 23, 2014

Rezeki December


Ingat tak GA yang KERUSI BUROK buat tu?


So hadiah dah sampai hari Sabtu lagi sebenarnya. Tapi baru tadi aku suruh mak aku tolong ambikkan kat pejabat pos memandangkan dia gi pasar ahahaha.


It was cute & actually besar kot. Hahaha Memang aku minta pun besar sampai XL hahaha BTW thank you :) Lain kali bole buat GA & bagi aku menang lagi ok? ahahha 

#GAkerusiburok #Ilovephuket 

Thursday, December 18, 2014

Kali ni cerita pasal RAMBUT

Lepas cerita pasal jerawat aku nak cerita lak pasal rambut. Walaupun aku ni bukan jenis lawa, aku tau pasal kecantikan juga tau! Korang ingat cincau ke? So rambut. Ada apa dengan rambut? Aku ni kongsi ni macam mana nak dapat rambut sehalus rambut bayi seperti rambut aku. Ingat aku bergurau? Meh sini cepat, aku bagi korang pegang rambut aku, mesti korang jeles.

So apa penyebab rambut rosak? Rambut tak sihat? Atau korang tak suka rambut korang sebab tak macam rambut aku? Heh ....


KULIT RAMBUT TAK SIHAT
Apa tanda-tanda kulit rambut tak sihat? Selalunya sebab berkelimumur. Bila kulit rambut tak sihat maka rambut secara automatiknya jadi tak sihat. Dia takde manually tak sihat. Walau bagaimanapun, berkelimumur sebenarnya normal kalau jarang berlaku. Maksud aku yang tak sihat ialah dalam sebulan tu dia berkelimumur sebulan jee atau seminggu je berkelimumur. Atau kalau ditiup angin akan ada snow flakes ikut terbang bersama. Kalau sebulan sekali atau jenis kejap je memang normal lah, korang ingat kulit kepala korang tak pandai nak tukar yang baru ke? Bukan perabot je bertukar baru kalau raya ok, kulit kepala pun reti bertukar baru juga. ahaha


TERLALU JARANG CUCI RAMBUT
Kulit rambut yang tak sihat juga menyebabkan gatal-gatal. Bila garu rasa sedap je kan? Tak ke? Tipu je keje ko sebab tu rambut tak lawa macam aku. Aku mengaku pe bila gatal kepala sedap nak garu, kadang kala garu bila cuci rambut dia rasa pedih. Kan? Nah tu kulit rambut tak sihat la tu. Sebab aper? Sebab dah lama korang tak cuci. Sampai kulit kepala korang rasa rimas. Bila rimas tu la tanda-tanda dia tu..gatal sini sana...menggatal jeeeeee


SYAMPOO TAK SESUAI
Aku tau korang tengok iklan rambut dia berkilau-kilau pastu pusing 360 darjah pun tetap lurus ke bawah kan? Hahaha Aku nak kata iklan tu menipu pun aku takut nanti aku kena serbu iklan minta jadi model rambut serta merta. Hahaha...Okey, syampoo ni bukan ikut pada iklan, tapi ikut pada rambut korang & jenis kulit kepala rambut korang. Kenapa model rambut semua syampoo tak sama? Sebab kulit kepala diorang bukan sesuai dengan syampoo si anu tuu...Itu la...So macam mana? Korang pilih yang sesuai, bukan yang korang nampak dalam iklan.


TOO MUCH HAIR DRYER
Aku tau kadang-kadang korang nak cepat so terpaksa pakai hari dryer kan? Tak tau apa tu hari dryer? Pengering rambut ler....Sebenarnya pengering rambut ni korang kena tahu pakai juga tau, kalau boleh biar korang set dia jadi angin je, I mean yang tak panas tu. Kenapa? Kalau baju basah letak bawah panas matahari baju jadi apa? Cair ke? Baju jadi kering kan? Konsep sama juga dengan rambut lah. Memandangkan kita dah zaman moden, kita tak main jemur rambut dah..Kita main hair dryer. Bila guna pengering rambut, kalau dah hari-hari guna pastu set paling panas maka rambut korang akan jadi telebih kering & sebab tulah berlaku rambut bercabang lah...rambut keriting la...rambut kasar lah...Apa lagi?



TOO MUCH AJI-..-.........
Aku cakap penuh penuh kang tak pasal-pasal aku kene saman. Tapi rasanya korang tahu kot apa yang aku taip kot. Pendekkan cerita. Makan banyak mix banyak benda tu dalam makanan memang confirm korang dah boleh beli set rambut palsu.



TAKSUB WARNAKAN RAMBUT
Pernah tak jumpa kawan yang hari ni rambut warna perang nanti lusa rambut jadi warna pink? Pastu minggu depan korang dah boleh agak rambut kawan tu jadi warna apa sebab nak ikut ikon fesyen semasa kononnya. Aku kadang kala pelik tengok budak-budak sekolah ni. Asal cuti rambut bukan warna hitam, bila dah nak buka sekolah rambut jadi hitam. Punya rugi. Sabo lah adik oi..rambut korang kejap kejap gitu memang sah-sah rambut mu rosak. Silap-silap dah boleh potong lekat jadi berus singki. Kalau korang guna pewarna yang pro punya yang mahal harga ratus-ratus takpelah. Ni guna pewarna rambut dah lah murah, rupa jadi murahan, rambut lagilah turun harga. Lagipun, pewarna rambut ni akan menyerap tau dalam kulit kepala, termasuklah yang jenis suka kerinting rambut & lurus-lurus rambut tu...Kadang-kadang aku pelik tau...Macam mana korang boleh tahan bau ubat yang macam kencing kuda tu. Tak caya bau macam kencing kuda? Mai sini PM aku, aku hantar sample kencing kuda, tempat aku banyak kuda. Sebenarnya kalau dah desperate nak rambut warna pink pon sila lah gi tempat profesional yer..Bukan marah pon...Saje nak cakap yang cheap-cheap tu makes you look cheap. Kalau nak cakap tak mampu gi profesional then xyah lah dye rambut...kannnn?


Aku penat provoke pasal rambut....fuh...hahaha





Tuesday, December 16, 2014

Kenapa Ada Jerawat Di Muka Bukan Tangan, Badan Atau Kaki?

Aku merupakan pakar jerawat. Seriusly, tapi aku bukan pakar nak rawat jerawat. Kenapa aku boleh jadi pakar jerawat? Sebab aku dah pernah pegi sekolah yang ajar pasal jerawat je, sekolah itu ialah pengalaman ku ahaha. So jerawat. Ada yang anggap jerawat tu as kawan baik dia, ada yang anggap jerawat tu as musuh dia, tak kurang juga anggap jerawat tu as kawan yang datang saja nak sakat-sakat dia.

Aku ni buat entri ni nak kongsi, kenapa lah muka tu ada jerawat. Mudah & simple je kan? Hehehe


So Top Ranking Kenapa Muka Berjerawat ialah disebabkan PENGOTOR.

  • Yang ini memang dah paling basic, paling asas kenapa muka ada jerawat. Pengotor means bantal tilam tak pernah tukar. Worst tak pernah pakai sarung bantal. So air liur basi pun semakin membasi dekat bantal which at the end ada kuman yang melekat kat muka & berlaku lah proses jerawat. Ever think about that? Lepas tu towel tak pernah basuh, tangan jarang cuci tapi kerap pegang muka..Nah tu la..pengotor.


HORMON

  • Kadang kala jerawat yang timbul sesuka hati di setiap sudut muka kita tu bukan sebab kita ni pengotor ke atau allergik. Tapi dah memang hormon dalam badan tu yang menyebabkan jerawat tu keluar macam tu. Jerawat tu tak keluar sesuka hati, tapi hormon dalam badan korang yang suruh keluar. Hormon ni pula ada sebabnya kenapa dia jadi begitu, maybe sebab pemakanan korang, sebab tidur terkurang atau terlebih sangat, sebab korang ada ambik ubat hormon lain? Macam-macam lagi, so korang kene bijak mencari kenapa. Kalau malas, senang je. Gi jumpa doktor.


KULIT BERMINYAK

  • Some people muka diorang berminyak tahap boleh buat minyak dagu. Eh..Haram..bukan..minyak masak hehee Eww... Muka berminyak ni akan menyebabkan jerawat walaupun minyak dimuka bagus boleh awet muda. Kenapa? Sebab muka berminyak ni selalu akan mengalami pori dimuka tu tersumbat. Bila tersumbat maka kuman ikut tersumbat dan berkumpul yang akhirnya akan berhasillah jerawat atau dikenali sebagai istana negara kuman.


KULIT KERING
  • Jangan ingat kulit kering tak pandai berjerawat tau. Bila kulit muka kering dia akan mudah luka kecil. Luka kat dalam sebab isi kulit kan basah. Usually bila ada luka maka ada kuman, bila ada kuman maka jerawat pun akan timbul juga. Biasanya dia jadi gatal tau..sebab kering. Semua sebab kering. Sebab itulah kenapa pelembap dicipta. 


MAKANAN
  • Sesetengah orang kalau makan tak ingat dunia. Tak kisah la ko kurus ke, ko gemok ke, ko berotot ke, ko kering ke, kalau makan main sumbat je memang sah-sah lah boleh berjerawat sebab kandungan makanan yang kita makan tu kebanyakkannya tak sihat. Kalau dok makan keropok je, dok makan kfc je mana-mana lah makanan yang tak sihat memang boleh trigger atau merangsang muka korang tu untuk berjerawat. Nah...lepas ni pandai-pandailah kawal makan okey? Yang penting kurangkan makanan yang tak sihat tuuuuuuuu....hah yang tuuuuu


ALLERGIK
  • Korang kene kenal ciri-ciri jerawat & ciri-ciri ruam & ciri-ciri yang macam jerawat tapi disebabkan allergik. Kadang kala yang tumbuh kat muka kita tu bukan jerawat, tapi ruam macam jerawat yang disebabkan allergik. Korang ingat allergik takde yang tumbuh belah muka ke? Antara tanda-tanda allergik ialah korang rasa panas semacam je & dia tumbuh laju macam cendawan pastu lambat nak elok, makin hari makin teruk itu memang sah-sah allergik. Sila berjumpa dengan doktor kulit sebelum menjadi lebih teruk..Aku pernah kene, seriusly merah pipi macam telebih pakai blusher pon ader. Kawan aku pun penah kene...muka elok-elok halus mulus tetibe tumbuh macam jerawat...Tu sebab makan ketam terlalu banyak ...nah...


KURANG AIR
  • Air atau Mineral Water atau mana-mana air yang jernih & takde pewarna & perasalah. Yang ni sebenarnya paling penting untuk tubuh badan kita sebab air ni fungsi dia untuk mencuci & meneutralise kan semua cecair, lendir dan penting untuk organ badan kita. Darah dalam badan kita juga sebenarnya bergantung kepada air yang kita minum. Begitu juga dengan hormon. Malah, kalau buah pinggang kita nak proses segala-galanya pun perlukan air. So kalau kurang air maka banyak lah yang terlebih dalam badan maka berlakulah penggumpulan toksik dalam badan akhirnya keluar jadi jerawat banyak-banyak besar-besar & non-stop. So? Mulalah rajin-rajin minum air secukupnya.


PRODUK CUCI MUKA TAK SESUAI
  • Kalau kawan korang sesuai produk A, tak bermaksud kulit korang pun sesuai dengan produk A. Ada sesetengah orang ni kulit dia ni banyak songeh, kene cari yang memang betul-betul sesuai baru jerawat tak keluar. Ada sesetengah kulit orang ni, dia takyah pakai brand mahal-mahal, pakai je sabun mandi tetap halus mulus & flawless. Hahaha..

Ini je senarai yang aku rasa & pernah alami sendiri. Kalau korang nak tambah pun, boleh je hehehe

Monday, December 15, 2014

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Bukan Sebab Aku Bukan Perempuan Atau Aku Lelaki?

Tajuk entri menarik tak? Menarik kan? Kalau tak mana mungkin korang nak baca entri aku ni? Hahaha perasan je aku ni. So apa yang aku nak sampaikan dalam entri ni sebenarnya? Apa pula kes sebab aku bukan perempuan atau aku lelaki? Hahaha...

Ceritanya macam ni sebenarnya.
Aku ni sebenarnya wanita. Tapi gaya macam tak wanita sangat lah orang katakan. Bukan sebab aku ni suka sama jenis aku. Aku suka juga, tapi taklah sampai nak bercintan orang kata. Suka lah, suka nak berkawan kalau wanita lawa pun aku suka tengok, aku rasa normal kot?

Kalau lelaki aku pun tak tahu macam mana nak describe lelaki hensem. Tapi taste aku lelaki melayu lah. Kulit gelap gelap gitu pastu tinggi aahaha Bila bersebelahan dengan aku orang confirm kata tahi cicak. Aku suka aku cinta. ahaha

So apa masalah aku ni? Aku fail bab mekap. Seriusly, aku tak boleh pakai mekap. Aku rasa tak selesa aku rasa macam kartun walaupun orang cakap lawa kalau pakai mekap. Bagi aku dalam masa tak sampai 5 minit, sure confirm aku dah lap & padam. Ini ke wanita? =.=

What I love? I love a bare face, naked face. Biar muka telanjang tampa mekap, membogelkan muka yang memang dah tak lawa. Ahahaa Translate memang jadi macam tu kan? Sebab kalau pakai mekap walaupun orang rasa lawa, aku rasa lawak. As if aku ni badut...Sory mekap...:P

Sunday, December 14, 2014

1st GA by Eyzamiel : BB Cream Seqy Beauty

Sebotol cuma RM 55 (semenanjung) dan RM 60 (Sabah / Sarawak) Sesiapa yang beli ngan sis Eyza... dia akan bagi Free Postage dan Free Gift... dan kalau korang bagitau yang korang pembaca blog dia... dia akan up sikit hadiah yang lagi best... :) 

Untuk pertanyaan / pembelian : Whatsapp atau Mesej sahaja 013-3151382 
Instagram : izz_zara_shoppe 
email : eyzafarza@gmail.com 


[KLIK GAMBAR UNTUK JOIN]


So ada apa dengan BB Cream Seqy Beauty?

Firstly :
Remaja berumur 13 tahun ke atas sehinggalah ke umur yang korang masih pakai BB Cream boleh pakai cream ni.


Secondly :
Formulasi untuk BB Cream ni ialah untuk mencegah dari pengeluaran pigmentasi, spot dan frekles. Apa maksud ayat ni? Maksudnya ialah pemakaian BB Cream Seqy Beauty ni dapat mencegah kulit muka korang daripada berlaku perbezaan kontur warna yang macam bintik-bintik atau ketidakserataan warna kulit. Malahan dapat mencegah kedut-kedut halus (frekles) yang akan jadi ketara sangat bila korang pakai bedak muka tanpa pakai foundation. So ertinya kalau pakai BB Cream Seqy Beauty ni garis-garis halus tu bukan saja hilang secara day by day, tapi juga akan mencegah daripada timbul dengan lebih banyak atau kerap gitu... hehehe

Fungsi dan Kelebihan BB Cream
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Menutupi cela di muka
- Sebagai bedak asas
- lebih ringan dari foudation
- Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
- Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
- Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
- Wajah tidak berminyak sepanjang hari
- Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
- Melambatkan penuaan
- Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia


Thirdly :
KANDUNGAN
Aqua Cream
Beeswax
Cety Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol

Kandungan dalam setiap bahan yang kita guna pakai itu amat penting. Supaya kita tahu ada bahan haram ke, bahan terlarang ke, bahan yang bahaya ke digunakan dalam bahan tersebut atau tidak. Dan seperti yang korang nampak, bahan yang terkandung dalam BB Cream Seqy Beauty ni semuanya selamat dan paling best? Sebenarnya mengandungi bahan yang baik untuk kulit sebagai contoh BEESWAX. 



Fourthly :
Yang mencipta BB Cream Seqy Beauty ni sebenarnya seorang wanita Malaysia yang muda & lawa dikenali sebagai Kak Sepet, which is someone yang memang boleh dipercayai kalau bab produk 

kecantikkan ni. Untuk maklumat lanjut tentang BB Cream Seqy Beauty boleh klik SINI. Untuk 

visit page kak Sepet boleh klik Sepet88

P/S : Aku nak menang. Kalau boleh bagi aku menang so aku boleh buat review lagi hehehe TQ :)


Wednesday, December 10, 2014

Aku bergurau je.

Ramai yang nak cantik, nak kurus even nak sihat akan berusaha untuk mencari dan makan makanan atau supplemen yang berkesan untuk diri mereka kan? Sekarang macam-macam produk ada, even kalau nak paling cepat korang boleh je gi buat plastik surgery itupun kalau korang ada $$$. Tak kurang juga yang wat keje bodoh sikit gi berjumpa dengan bomoh minta jin gila tolong jadi cantik, pastu cucuk sini sana.

Aku tengok, ramai wanita yang lawa biasanya ustazah lah...Atau senang faham yang alim yang memang jaga aurat muka diorang flawless tau...Even kena bara api sebab bbq memang xde tau kesan dia (after 3 month gitu lah..bukan serta merta). So bila tanya dengan diorang kan jawapannya ialah air wuduk. Minta dengan Allah InsyaAllah Allah bagi apa yang korang nak...Makan 10 tong ubat cantik pun kalau tak minta Allah kalau dapat pun lepas tu mesti something wrong. Betul tak?

Aku ni kalau aku kata aku tak nak cantik, tak nak lawa memang sah-sah penipu. Aku pun nak lawa juga. Memang aku pun antara orang yang nak pakai produk untuk jadi lawa. Tapi Allah masih tak tunaikan hajat aku nak lawa. Oleh itu jerawat tumbuh macam cendawan. Tapi aku rasa okey je. Kadang kadang aku malu la, dah besar macam ni pun berjerawat orang pun tak habis-habis tegur aku.

"Tak sakit ke ada jerawat?' Soalan paling aku rasa tak masuk akal...Macam aku nak je jawab "Uiii..seronok tau, feelingg awesome!" ahahaha Tapi aku senyum je dengan ikhlas ok, takda paksaan ahahah...Aku rasa aku paling lawa kalau muka xde jerawat, sebab tu Allah bagi aku jerawat sekarang. Supaya aku tak perasaan telampau lawa pastu mengatal dekat buaya darat yang liar di luar sana. ahahaa XD


iniblogke 600 bloglist

Aku faham apa perasaan bila kita buat GA atau segmen & then nobody ambik peduli. So aku harap korang boleh joing juga segmen ni as blogger yang support blogger. 

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Sekarang ni kalau kira aku baru ada 4. Penganjur kata kalau tak sampai 5 maka dia batalkan. Aku rasa di kecewa ni..Huhuhu...Lets support each other! :) Thank you & Good luck!

Tuesday, December 9, 2014

Pemenang Giveaway Super Duper Awesome By Jaja


Memandangkan aku merupakan salah seorang sponsor untuk GA ni maka aku rasa aku patut menjadi tukang umumkan juga kot? Sebab ada lagi seorang pemenang yang tak inform kan aku maklumat dia, so aku rasa  bersalah plak dekat Meura Metsu sebab dia dah bagi info hari tu huhuhu...Sabar ye dik..akak tak tipu neh akak menunggu dulu yang sorang tu hehehe

Aku harap Hidayah Mohamad boleh lah menghubungi aku melalui sini ke, FB ke so boleh lah aku poskan hadiah huhuhu..Yang kawan dengan dia ni harap boleh inform kat dia, manatau dia sedang holiday ke...hehehe....

J.E.R.A.W.A.T.

Okay. First of all muka aku tak flawless. Kesian.

Second. Umo aku 23 sepatutnya jerawat takde dah wujud dalam kamus hidup aku ni. Bukan tak wujud langsung. maybe wujud time lampu merah. Tapi aku memang confirm lampu merah aku rosak sebab hormon aku bengong.

Third. Aku memang dah sangat-sangat takmo gi hospital sebab hospital lembap diorang suka bagi ubat sembarang & suka main agak-agak je penyakit orang. Kalau dia bagi ubat A takde kesan baik takde perubahan, lain kali dia bagi ubat B, sampai ke Z kalau tak pulih-pulih..So aku tak suka. Sebenarnya aku faham juga kenapa servis macam tu, sebab aku bayar RM1 je dekat hospital kerajaan tu, jadi layanan pun layanan RM1.

Forth. Nak ke swasta lagi lah aku tak mampu. Walaupun ko bayar sampai RM300 dia tetap bagi ubat A sampai ke Z yang sesuai dengan ko. Tak percaya? Takpe, sila sakitkan diri tanpa sebab dan berjumpa dengan doktor macam tu. Aku naik muak makan ubat yang aku sendiri tak tahu apa lah yang berlaku dalam badan aku neh.

Fifth. Aku tak menang Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com so aku sedih ahaha.... Sebenarnya aku rasa bukan rezeki aku kot sebab masa join pun banyak sangat entri aku punya problem hahaha Kalau nak tahu senarai 50 pemenang dia boleh je tengok kat Giveaway Ephyra Skin Bar : Pengumuman 50 Blogger Yang Berjaya. :)

Friday, December 5, 2014

Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous

Salam Sejahtera,


Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous. Buat enam langkah-langkah berikut:

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Klik sini sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading.
  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.

Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.


Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.
Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014.
Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.

BR1M Sesi 2015

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
________________________________________________________________________________

Tahun ni aku officially sedang menunggu panggilan keje sampailah ke tahun depan. Member-member aku ada yang dah suruh-suruh kitaorang isi borang BR1M tu sebab dia pun ada isi juga. Aku pun kalau ikut excited aku, memang aku nak isi je dengan harapan yang aku boleh dapat supaya ada lah pocket money kononnya. Sebab kalau ikut kelayakkan memang aku layak pun.

Tapi kalau ikut keperluan...Macam yang aku cakap tu, layak tu memang layak. Tapi aku rasa kalau aku diberi pilihan untuk memilih orang yang boleh ambik tempat aku tu aku pilih yang lebih memerlukan. Sebab aku yakin dengan BR1M yang aku dapat tu, duit aku tak bertambah banyak mana pun. Aku takkan jadi kaya mana pun kalau aku nak tamakkan duit BR1M tu.

So aku buat keputusan aku rasa aku tak nak lah apply BR1M tu..Walaupun aku tahu apply tak bermaksud dapat, tapi aku maksudkan biarlah possibility untuk orang susah dapat tu lebih tinggi. Entri ni bukan about judging you for applying the BR1M or what so ever. Im just sharing what I think & felt & do for & about myself. Hehehe 

#BR1M2015

Aku Hebat!

Tajuk entri macam nak kene pukul je dengan senduk masak kat dapur. Hahaha

So sebenarnya semalam lagi aku nak buat entri ni, tapi sekali masa dapat tahu yang aku menang GA KerusiBurok time-time aku dah landing ke katil yang empuk. Sekali dah landing memang terjeling-jeling je kat laptop yang kat atas meja tu mungkin aku berharap yang laptop tu boleh bergerak sendiri ke tepi aku. Hahaha


Sesapa yang ada join sudah boleh tengok  pemenang Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

Aku dengan bangganya juga nak share bahawa aku pemenang utama dalam GA tersebut. Sekian terima kasih! Hahahaha

Thursday, December 4, 2014

Shopping RM1212 At Lazada Malaysia [Contest]

Sape yang tak suka LAZADA? Dengan LAZADA aku percaya & aku yakin. Antara barang yang aku dah pernah beli kat LAZADA ni ialah henfon 2 biji untuk hadiah dengan kawan aku & hadiah dekat adik aku. Beli terus sampai ke tempat orang yang korang nak bagi. Mudah, Selamat & Boleh dipercayai 100%.


[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Cerita best pasal LAZADA? Ada contest RM1212. Boleh Klik Banner untuk join :)



[KLIK GAMBAR UNTUK KE ZALORA]

Harga sebenar RM1,199.00 selepas diskaun RM1,099.00 masih lagi under RM1212 budget.  Antara Wishlist aku yang aku ingin bagi kat Mak aku. Untuk aku tak banyak benda aku nak sebab aku rasa apa yang aku ada pada ketika ini cukup untuk kegunaan aku..So most of the time aku rasa aku perlu banyak memberi daripada menerima. 

Bagi yang menyambut Krismas & masih tak tahu nak beli hadiah apa untuk orang yang korang sayang atau nak bagi suprise? Apa nak susah-susah...Pi je ZALORA MALAYSIA, semua ada disana dengan harga mampu milik after diskaun! Apa tunggu lagi?

#ZALORACONTEST  #ZALORAMALAYSIA  #WISHLISTWITHZALORA


Emotional Intelligence Dalam Pendidikan

Emotional Intelligence atau dalam bahasa Malaysia kecerdasan emosi. Aku rasa ini yang kurang dalam pendidikan zaman moden kita ni. Sepanjang aku jadi cikgu banyak teori-teori aku belajar untuk mengenali murid dan sebenarnya semuanya berkaitan tentang emosi murid.

Apa yang aku ingin sampaikan? Kalau kita nak tackle murid dalam kelas kita kena tackle daripada emosinya dulu. Namun apa yang berlaku zaman sekarang? Aku rasa banyak je modul-modul baharu yang kerajaan perkenalkan tapi kenapa masih ramai yang murid-murid yang gagal? A sudah cukup, aku tak maksudkan gagal dari segi pelajaran tapi dari segi sahsiah dan perangai segala-galanya?

Kenapa banyak kes buang bayi? Kenapa banyak kes buli? Kenapa banyak kes rogol? Kenapa banyak kes rompak? Kenapa apabila murid habis exam balik rumah baju penuh contengan yang tak bermakna yang mana menyebabkan baju tersebut akhirnya menjadi kan buruk yang dibuang ke tong sampah?

Aku rasa guru sekarang ramai berusaha keras hanya untuk membolehkan murid mendapat A dalam matapelajaran yang murid pelajari & yang diajar oleh guru. Salah guru ke? Bagi aku tidak, sebab semua itu wajib dilakukan guru. Kita bandingkan dengan pendidikan dahulu, kenapa murid dahulu boleh belajar dengan sendiri tanpa guru paksa-paksa? Dan jika kita lihat kecerdasan emosi murid dahulu lebih berkualiti daripada murid zaman sekarang? Kalau dibuang ke hutan walau rasa sedih tapi mampu untuk mencari inisiatif untuk hidup, tapi budak sekarang kalau dibuang ke hutan aku yakin akan duduk menangis sahaja mengenang nasib diri yang dibuang ke hutan.

Pada zaman sekarang ibu bapa lebih mementingkan keputusan pelajaran anak-anak mereka. Tanpa disedari kecemerlangan dalam pelajaran sahaja tidak menjamin masa depan yang baik...Kenapa aku cakap begitu? Bersediakah anak-anak mereka dengan krisis ekonomi? Tekanan kerja? Pengaruh sosial?

Monday, December 1, 2014

Mari Join Segmen : Zaman Persekolahan

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Aku nak promote segmen si kawan blogger kite ni sebab aku salah seorang sponsor. Ahaha Korang tunggu aper lagi? Mai cepat. 66 hadiah untuk dimenangi korang masih tak yakin boleh menang? Apa tunggu lagi, cepatlah mariii ahahha Macam jual baju je.