image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Update Untuk Hari Ini

Aku tau belog aku ni dah sunyi sikit. Lepas update terus hilang hilang kejap, pastu ada lagi. Macam kentut lah, kejap-kejap rasa nak kentut kejap-kejap takde. Tapi malangnya aku bukan kentut, aku cuma tukang kentut je. Hahaha

So aku ni boleh lah dikatakan agak sibuk beberapa hari ni. Sebab aku kan tengah keje. Aku keje sementara tunggu panggilan keje. Kalau dok tunggu tak buat apa-apa aku rasa macam siput je lembap.... So demi mengelakkan masa daripada terisi dengan aktiviti baring tidur makan baring tidur makan je, maka aku pun keje macam biasa.

So macam biasalah, asal hujung tahun je mesti hujan & banjir. Itu dah memang berlaku tiap-tiap tahun rasanya dari aku kecik sejak aku kenal apa itu banjir besar 1997. Serius aku cakap ni. Dari 1997 aku kenal banjir macam sampai tahun 2014 ni banjir tetap berlaku. Kan? Aku tahu mesti ada yang akan cakap "itu semua ketentuanNya". Memang aku setuju tapi kene tambah sket, itu semua bergantung pada kita. Tiap-tiap tahun banjir berlaku tapi apa yang kita dah buat supaya banjir tak berlaku? Sampah berlonggok dalam longkang, memang tak logik lah kalau Allah dah tentukan supaya sampah tu berlonggok dalam longkang? Ye dok?

Maybe hujan tu kita tak bole nak halang daripada berhenti. Tapi aku yakin ada benda-benda kecik yang kita sebagai manusia boleh kawal dan elak di lakukan untuk menghalang kesan banjir ni. Well apa pun, sebagai manusia bila banjir dah berlaku apa yang bole kita lakukan ialah berdoa semoga apa-apa kejadian buruk tak berlaku dan semoga mereka yang menjadi mangsa banjir itu diberikan kekuatan fizikal & mental untuk menghadapinya.

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. apa2 yg jadi pun mmg akibat dari tangan2 manusia itu sendiri ;)

    ReplyDelete
  2. moga banjir akan reda tak lama lagi :)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih