image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Kali ni cerita pasal RAMBUT

Lepas cerita pasal jerawat aku nak cerita lak pasal rambut. Walaupun aku ni bukan jenis lawa, aku tau pasal kecantikan juga tau! Korang ingat cincau ke? So rambut. Ada apa dengan rambut? Aku ni kongsi ni macam mana nak dapat rambut sehalus rambut bayi seperti rambut aku. Ingat aku bergurau? Meh sini cepat, aku bagi korang pegang rambut aku, mesti korang jeles.

So apa penyebab rambut rosak? Rambut tak sihat? Atau korang tak suka rambut korang sebab tak macam rambut aku? Heh ....


KULIT RAMBUT TAK SIHAT
Apa tanda-tanda kulit rambut tak sihat? Selalunya sebab berkelimumur. Bila kulit rambut tak sihat maka rambut secara automatiknya jadi tak sihat. Dia takde manually tak sihat. Walau bagaimanapun, berkelimumur sebenarnya normal kalau jarang berlaku. Maksud aku yang tak sihat ialah dalam sebulan tu dia berkelimumur sebulan jee atau seminggu je berkelimumur. Atau kalau ditiup angin akan ada snow flakes ikut terbang bersama. Kalau sebulan sekali atau jenis kejap je memang normal lah, korang ingat kulit kepala korang tak pandai nak tukar yang baru ke? Bukan perabot je bertukar baru kalau raya ok, kulit kepala pun reti bertukar baru juga. ahaha


TERLALU JARANG CUCI RAMBUT
Kulit rambut yang tak sihat juga menyebabkan gatal-gatal. Bila garu rasa sedap je kan? Tak ke? Tipu je keje ko sebab tu rambut tak lawa macam aku. Aku mengaku pe bila gatal kepala sedap nak garu, kadang kala garu bila cuci rambut dia rasa pedih. Kan? Nah tu kulit rambut tak sihat la tu. Sebab aper? Sebab dah lama korang tak cuci. Sampai kulit kepala korang rasa rimas. Bila rimas tu la tanda-tanda dia tu..gatal sini sana...menggatal jeeeeee


SYAMPOO TAK SESUAI
Aku tau korang tengok iklan rambut dia berkilau-kilau pastu pusing 360 darjah pun tetap lurus ke bawah kan? Hahaha Aku nak kata iklan tu menipu pun aku takut nanti aku kena serbu iklan minta jadi model rambut serta merta. Hahaha...Okey, syampoo ni bukan ikut pada iklan, tapi ikut pada rambut korang & jenis kulit kepala rambut korang. Kenapa model rambut semua syampoo tak sama? Sebab kulit kepala diorang bukan sesuai dengan syampoo si anu tuu...Itu la...So macam mana? Korang pilih yang sesuai, bukan yang korang nampak dalam iklan.


TOO MUCH HAIR DRYER
Aku tau kadang-kadang korang nak cepat so terpaksa pakai hari dryer kan? Tak tau apa tu hari dryer? Pengering rambut ler....Sebenarnya pengering rambut ni korang kena tahu pakai juga tau, kalau boleh biar korang set dia jadi angin je, I mean yang tak panas tu. Kenapa? Kalau baju basah letak bawah panas matahari baju jadi apa? Cair ke? Baju jadi kering kan? Konsep sama juga dengan rambut lah. Memandangkan kita dah zaman moden, kita tak main jemur rambut dah..Kita main hair dryer. Bila guna pengering rambut, kalau dah hari-hari guna pastu set paling panas maka rambut korang akan jadi telebih kering & sebab tulah berlaku rambut bercabang lah...rambut keriting la...rambut kasar lah...Apa lagi?



TOO MUCH AJI-..-.........
Aku cakap penuh penuh kang tak pasal-pasal aku kene saman. Tapi rasanya korang tahu kot apa yang aku taip kot. Pendekkan cerita. Makan banyak mix banyak benda tu dalam makanan memang confirm korang dah boleh beli set rambut palsu.



TAKSUB WARNAKAN RAMBUT
Pernah tak jumpa kawan yang hari ni rambut warna perang nanti lusa rambut jadi warna pink? Pastu minggu depan korang dah boleh agak rambut kawan tu jadi warna apa sebab nak ikut ikon fesyen semasa kononnya. Aku kadang kala pelik tengok budak-budak sekolah ni. Asal cuti rambut bukan warna hitam, bila dah nak buka sekolah rambut jadi hitam. Punya rugi. Sabo lah adik oi..rambut korang kejap kejap gitu memang sah-sah rambut mu rosak. Silap-silap dah boleh potong lekat jadi berus singki. Kalau korang guna pewarna yang pro punya yang mahal harga ratus-ratus takpelah. Ni guna pewarna rambut dah lah murah, rupa jadi murahan, rambut lagilah turun harga. Lagipun, pewarna rambut ni akan menyerap tau dalam kulit kepala, termasuklah yang jenis suka kerinting rambut & lurus-lurus rambut tu...Kadang-kadang aku pelik tau...Macam mana korang boleh tahan bau ubat yang macam kencing kuda tu. Tak caya bau macam kencing kuda? Mai sini PM aku, aku hantar sample kencing kuda, tempat aku banyak kuda. Sebenarnya kalau dah desperate nak rambut warna pink pon sila lah gi tempat profesional yer..Bukan marah pon...Saje nak cakap yang cheap-cheap tu makes you look cheap. Kalau nak cakap tak mampu gi profesional then xyah lah dye rambut...kannnn?


Aku penat provoke pasal rambut....fuh...hahaha





Share this:

CONVERSATION

5 comments:

  1. bukan aji je. makan maggi dan semua benda yang ada MSG boleh gugurkan rambut :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaahhh Stress...Sory dik...sensitive betul touch pad ni...terbuang komen awak..Now aku x tau macam mana nak ubah balik...ahaha sorry tau...

      About rambut gugur tu..yeap, stress memang boleh menyebabkan rambut gugur. Yang ni disebabkan hormon hehe..So kurangkan stress dengan makan coklat ke..gula2 ke...kek ke...or buat aktiviti yang hilangkan stress ehhehe

      Delete
  3. Papaglamz terjah di sini. Jom terjah n follow Papaglamz.

    http://www.papaglamz.com/2014/12/tinta-papaglamz-2-pilihan-penentu-masa.html?m=1

    ReplyDelete
  4. tudia sekali mek bebel psl rambut haaa amekaw hahaha

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih