image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Emotional Intelligence Dalam Pendidikan

Emotional Intelligence atau dalam bahasa Malaysia kecerdasan emosi. Aku rasa ini yang kurang dalam pendidikan zaman moden kita ni. Sepanjang aku jadi cikgu banyak teori-teori aku belajar untuk mengenali murid dan sebenarnya semuanya berkaitan tentang emosi murid.

Apa yang aku ingin sampaikan? Kalau kita nak tackle murid dalam kelas kita kena tackle daripada emosinya dulu. Namun apa yang berlaku zaman sekarang? Aku rasa banyak je modul-modul baharu yang kerajaan perkenalkan tapi kenapa masih ramai yang murid-murid yang gagal? A sudah cukup, aku tak maksudkan gagal dari segi pelajaran tapi dari segi sahsiah dan perangai segala-galanya?

Kenapa banyak kes buang bayi? Kenapa banyak kes buli? Kenapa banyak kes rogol? Kenapa banyak kes rompak? Kenapa apabila murid habis exam balik rumah baju penuh contengan yang tak bermakna yang mana menyebabkan baju tersebut akhirnya menjadi kan buruk yang dibuang ke tong sampah?

Aku rasa guru sekarang ramai berusaha keras hanya untuk membolehkan murid mendapat A dalam matapelajaran yang murid pelajari & yang diajar oleh guru. Salah guru ke? Bagi aku tidak, sebab semua itu wajib dilakukan guru. Kita bandingkan dengan pendidikan dahulu, kenapa murid dahulu boleh belajar dengan sendiri tanpa guru paksa-paksa? Dan jika kita lihat kecerdasan emosi murid dahulu lebih berkualiti daripada murid zaman sekarang? Kalau dibuang ke hutan walau rasa sedih tapi mampu untuk mencari inisiatif untuk hidup, tapi budak sekarang kalau dibuang ke hutan aku yakin akan duduk menangis sahaja mengenang nasib diri yang dibuang ke hutan.

Pada zaman sekarang ibu bapa lebih mementingkan keputusan pelajaran anak-anak mereka. Tanpa disedari kecemerlangan dalam pelajaran sahaja tidak menjamin masa depan yang baik...Kenapa aku cakap begitu? Bersediakah anak-anak mereka dengan krisis ekonomi? Tekanan kerja? Pengaruh sosial?

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih