Search This Blog

Friday, December 5, 2014

BR1M Sesi 2015

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
________________________________________________________________________________

Tahun ni aku officially sedang menunggu panggilan keje sampailah ke tahun depan. Member-member aku ada yang dah suruh-suruh kitaorang isi borang BR1M tu sebab dia pun ada isi juga. Aku pun kalau ikut excited aku, memang aku nak isi je dengan harapan yang aku boleh dapat supaya ada lah pocket money kononnya. Sebab kalau ikut kelayakkan memang aku layak pun.

Tapi kalau ikut keperluan...Macam yang aku cakap tu, layak tu memang layak. Tapi aku rasa kalau aku diberi pilihan untuk memilih orang yang boleh ambik tempat aku tu aku pilih yang lebih memerlukan. Sebab aku yakin dengan BR1M yang aku dapat tu, duit aku tak bertambah banyak mana pun. Aku takkan jadi kaya mana pun kalau aku nak tamakkan duit BR1M tu.

So aku buat keputusan aku rasa aku tak nak lah apply BR1M tu..Walaupun aku tahu apply tak bermaksud dapat, tapi aku maksudkan biarlah possibility untuk orang susah dapat tu lebih tinggi. Entri ni bukan about judging you for applying the BR1M or what so ever. Im just sharing what I think & felt & do for & about myself. Hehehe 

#BR1M2015

No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih