image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Wrap Up My Life

Dalam masa beberapa hari lagi kitaorang semua akan berpisah membawa haluan ke rumah masing-masing. 5 tahun setengah aku rasa bukan satu masa yang singkat untuk mereka yang tinggal di hostel mahupun asrama tak kiralah berapa umur pun sebab ke kelas kita jumpa orang yang sama, balik bilik pun jumpa orang yang sama. So kiranya memang membesar bersama-sama, baik bersama, buruk bersama..semua pun bersama....


Aku jenis caring sebenarnya..Hati pun lembut je..tapi tak tau macam mana nak tunjukkan sebab aku ni macam perwatakkan ganas je..Ahahaa...Lepas tu aku ni jenis kuno tau. Aku suka dapat poskad, suka dapat surat...Even hadiah last untuk kawan-kawan aku a.k.a sisters pun aku bagi setiap sorang sekeping surat yang aku sendiri buat sampulnya...

Malam ni aku borak lagi dengan dorang...Actually aku tau aku akan rindu banyak kawan-kawan aku... Hopefully semuanya akan baik-baik belaka..Ada yang dah balik Johor, Kelantan, Pahang, Kedah...Tak sangka aku ada kawan di seberang laut sana & berpeluang untuk mengenali mereka.

Masing-masing mempunyai pelbagai rasa masing-masing mempunyai pelbagai fikiran...Tapi dengan satu harapan..Supaya dapat bersama dan berjumpa lagi setiap orang yang pernah bersama, masa senang dulu pun bersama dan masa susah pun dulu bersama. Terasa macam baru semalam je kitaorang berkawan lepas tu dah nak berpisah.

Lepas ni aku akan masuk ke alam kehidupan yang baharu. Tiada lagi kehidupan manje-manje macam ni sebab lepas ni aku akan masuk ke alam pekerjaan. Aku cuma harap aku boleh bekerja dengan baik dan ikhlas...Apa agaknya perasaan masuk ke alam pekerjaan ni..Aku sendiri tak boleh nak agak..Apatah lagi nak bayangkan. Tapi yang pasti, aku bersedia menerima cabaran yang akan datang!


Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. perpisahan memang menyedihkan, selepas ini awak akan jumpa kawan baru, begitu juga dengan mereka. Namun yang bestnya kini, kita ada macam2 apps yang boleh menguhubungkan kita dengan kawan lama tak kira dimana pun kita berada, jadi feeling kesedihan nangis sampai bengakak mata kembang hidung dapatlah dikurangkan =)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih