Search This Blog

Saturday, November 8, 2014

Semporna : Dragon Inn

Bagi sesiapa yang ingin datang ke Semporna & ingin merasa tinggal di atas air boleh mengambil peluang untuk tinggal di Dragon Inn atau orang tempatan panggil sebagai 'floating'. 

Keadaan persekitarannya menarik bagi aku. tempat penginapan juga bagi aku adalah selesa dan memang aku dah berkali-kali tinggal kat situ kalau aku singgah dekat Semporna. Harga yang ditawarkan mungkin agak mahal sedikit tapi bagi aku persediaan dalam bilik itu dan keselesaan berada dalam bilik dan kawasan tersebut berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 


Andai kata korang ingin mencari 'floating' korang cuma perlu kenalpasti bahagian depan dia je macam ni. Floating ni kira tempat yang strategik untuk mereka yang datang nak jalan-jalan ke Semporna & yang jenis suka jalan kaki sebab tempat ni kira macam berada di tengah. Senang nak ke sana ke mari gitu.




Ini lah keadaan di dalam andai korang on the way nak gi bilik gitu.


Korang akan nampak yang setiap lorong itu merupakan jenis-jenis bilik yang berbeza ikut harga


Lorong bilik pun senang nak di cari sebab dia guna huruf lorong barisan bilik. 


Kalau nak bersantai-santai pun boleh. Kalau korang perasan air tu nampak tinggi kan? Sebab masa aku tengah gambar air sedang naik. Paras air naik macam ni je. Dia takkan sampai ke lantai tempat tinggal, jadi korang tak perlu risau. Di sini pun korang boleh berenang, tapi risiko adalah dibawah tanggungan korang sendiri. 


Yang menarik tentang 'floating' ini ialah dia ada satu jambatan panjang yang mana hujungnya mempunyai sangkar ikan. terdapat banyak ikan-ikan besar disitu..Dan korang boleh juga melihat pulau di hujung sana. :)


Nampak bangunan-bangunan tu? Itu sebenarnya antara tempat tinggal yang korang boleh tempat. Tapi yang itu lebih besar dan sesuai bagi mereka yang ramai atau datang berkeluarga. Pendek kata, kalau ramai sangat memang boleh je tempah bilik besar tu.




Tempat ni memang bagi aku sesuai bagi yang datang nak rileks sebab kawasan dia memang menenangkan..Even dekat bilik pun aku rasa tenang walaupun dengar bot lalu lalang. Maybe sebab aku suka laut? 









1 comment:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih