image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Kereta Kecil

Belum kerja sudah pasang angan-angan nak kereta. Tapi angan-angan itu sebenarnya perancangan aku untuk masa depan aku. Kereta kalau sudah bekerja bukan menjadi satu kemahuan lagi, tapi sudah menjadi satu keperluan. Betul tak?

Tapi melihat keadaan ekonomi yang semakin membangun kononnya, dengan harga yang semakin mahal bagi aku, dan perlaksanaan GST memang baik lah untuk Malaysia. Keuntungan Malaysia aku rasa mesti semakin berlipat ganda sebab GST akan dilaksanakan, lepas tu subsidi pula dah kenal tarik balik, dalam erti kata lain telah dimansuhkan nanti...

Bila aku fikir pasal masa depan aku kan, aku pula yang rasa takut nanti andai kata aku tak mampu nak bagi duit belanja dekat orang tua aku di kampung. . . . Iyelah, aku yakin ramai yang bekerja antara tujuannya ialah membekal duit belanja kepada orang tuanya walaupun kita tahu mereka ada duit. Kan?

Lepas tu aku mula merancang keperluan aku yang paling asads iaitu kereta. Asalnya nak beli kereta jenis second hand. Bila fikir punya fikir punya fikir....kereta second hand ni selalunya bukan semua ok tapi selalunya yang bermasalah, kalau bukan sebab dah pernah accident mesti kena something sebab tu dia jadi second hand. Nanti belanja nak fix ini itu membebankan... Ok fine.

So fikirkan cara lain...Beli kereta baru. Kereta besar bukan tak mampu..Aku rasa mampu kot. Tapi yang tak mampu tu bila nak service la, nak minyak la, nak tayar lah...Aduyai, takkan beli kereta tapi pakai sekali seminggu je? Ahahaha Hari-hari lain naik bas ke? So akhirnya gua stick to kereta kecil iaitu PERODUA VIVA. Kenapa? Masa aku drive kete viva member aku, kau rasa selesa je memang tak macam kancil lah hahaha Aku guna kancil memang tersiku-siku orang kat sebelah ahaha.

So viva. Ada apa dengan viva? Dia kecil, dia kereta, dan yang penting dia jimat minyak. Betol tak? Aku yakin ramai pakai viva akan cakap dia jimat, memang jimat walau pakai aircond, apatah lagi tak pakai aircond.

Aku rasa zaman sekarang ni...Kalau nak beli ikut nafsu, ikut pandangan masyarakat memang boleh jatuh muflis lah...Aku rasa aku lebih rela beli ikut kemampuan aku je. Biarlah orang nak kata aku ni miskin sebab pakai kete kecil nanti. Biarlah orang yang pakai ninja king yang pakai kete tinggi-tinggi tu pandang aku macam xde harga, sebab aku yakin bila ke mati nanti kereta tu tak boleh juga dipandu ke syuga. Ahahaa.....

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih