image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Kecantikkan Selamanya?

Aku kalau bab buat entri agak-agak aku rasa macam tengah bagi ucapan philosophy pulak lepas tu macam malu aku jadi takde confidence nak buat entri sebab rasa-rasa orang akan boring ahahaha Tapi kadang-kadang bila dah yakin aku taip je lah, blog aku kan? Tapi kalau fkir kan pasal orang lain kesian pula kan orang yang follow aku & baca entri-entri aku...Tapi rasanya kalau boring sangat bole je korang tekan butang X dekat tepi tu ahaha

Setiap orang ada priority atau keutamaan dalam hidup mereka masing-masing. Ada yang hidup bermati-matian nak jadi lawa, so keutamaan orang yang macam tu selalunya nak pastikan diri dia lawa, daripada baju, ke kasut ke mekap, ke muka & ke badan. Ada yang sanggup tak makan seharian sebab nak nampak cantik. Well aku pernah nampak ada yang macam tu & aku rasa kasihan.

Kadang-kadang kalau aku terfikir tau. Nak jadi cantik tu memang idaman semua orang tapi kenapa ada yang terlalu taksub sehingga macam terlalu ekstreme sangat? Sehingga ada yang sanggup menjalankan pembedahan untuk mengubah kecantikkan mereka? Sehingga seumur hidup mereka adalah untuk menjaga kecantikkan semata-mata?

Aku hanyalah manusia biasa..Bukan nak menjatuhkan sesapa yang cantik atau yang berusaha nak jaga kecantikkan. Cuma bagi aku..Tak perlulah kan sampai berlebih-lebih lepas tu bila dah cantik show off sini dan sana. Ingatlah walau 10 kali buat pembedahan kecantikan pun kalau Tuhan dah kata tak jadi memang tak juga jadi seperti yang kita mahu. Sebab apa? Sebab Tuhan dah bagi lengkap kepada kita dan kecantikkan yang kita kejar itu cumalah satu level yang ditetapkan oleh manusia itu sendiri...



Share this:

CONVERSATION

1 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih