Search This Blog

Sunday, November 16, 2014

Cara Nak Pilih Laptop @ Notebook

Tahun 2014 hampir-hampir dah nak sampai ke penghujung. Nanti tak sedar tahun dah bertukar ke 2015 dan bermula lah lagi satu tahun yang baharu untuk semua orang. Biasanya hujung-hujung tahun ni ada banyak promosi jualan yang akan berlangsung dan disitu lah ramai student atau sesape saja lah..Akan mengambil kesempatan untuk gi membeli keperluan mereka. Antaranya aku yakin laptop @ notebook.

So how do you choose your laptop?  Pilih ikut warns semata-mata? Pilih ikut harga? Pilih ikut jenama?..... Di sini aku akan berkongsi pendapat & pengalaman tentang cara nak pilih laptop mengikut spesifikasi yang harus korang utamakan dulu. Kecualilah anda yang membaca ni memang sudah pro laptop maka sila hiraukan jika anda rasa entri ini tidak membantu. :)


1. Laptop untuk apa?

  • Kenalpasti laptop yang korang sedang nak beli itu untuk apa? Sekadar untuk menaip? Atau nak buat designing? Nak main game? Nak digunakan untuk kemana-mana? Kenapa kena tau semua ni? Sebab bukan semua laptop boleh digunakan untuk tujuan editing, & bukan semua laptop senang dibawa kemana-mana saja.

2. Jenama & Model


  • Jenama itu penting sebenarnya. Korang kena rujuk banyak review tentang sesuatu jenama & model laptop yang ada dipasaran. Sesetengah jenama laptop ada modelnya yang baik & ada yang so so je..Jadi korang kena bat research untuk jenis laptop yang korang rasa sesuai untuk tujuan korang itu. Berdasarkan pengalaman aku? 
  • Jenama DELL dari segi laptop & service dia ok. Kalau korang nak claim waranty dia ada onsite waranty yang bermaksud dia akan datang ke tempat korang sendiri, cuma Dell ni dia pricey sket, mahal buat tahan. 
  • Jenama ASUS. Setakat ni laptop dia semua aku rasa ok. Lagipun dia murah & spesifikasi dia boleh tahan juga. Namun pengalaman aku menggunakan Zenbook Asus agak buruk, sebab dengan harga yang mahal walaupun baik namun dia tak tahan sampai setahun pun. Even masa claim waranty it is not very customer friendly, so aku agak hampa dengan ASUS sebab aku seriously banyak promote ASUS kalau member minta pendapat pasal ASUS.
  • Jenama TOSHIBA. Laptop jenama ni banyak yang baik pada pandangan aku, cuma kebanyakkannya berat. Memandangkan aku ni jenis yang kena bawa laptop kesini kemari..Maka aku tak berapa sangat dengan Toshiba, tapi rasanya korang boleh survey kat kedai sebab dia macam dah ada yang ringan kot?
  • Jenama ACER, SONY, SAMSUNG, LENOVO, HP. Aku bukan pengguna untuk jenama ini & tak pernah menggunakan Acer so...I cant comment Anything about it.
  • Jenama MSI. Aku tak menggunakan laptop jenama ini tapi sekadar perkongsian, jenama untuk laptop ini sesuai untuk gamers. Spesifikasi untuk jenama laptop ini memang dibuat khas untuk pemain game. Aku tahu sebab member aku yang giler game dah tukar ke laptop jenama MSI ni..Huhuuu
  • Jenama APPLE. Komen aku? Andai korang ada duit lebih, bajet lebih tak salah korang beli laptop jenama Apple. Why? Sebab memang berbeza laptop jenama APPLE ni daripada semua jenama di atas. Aku tahu sebab aku dah tukar kepada MacBook Pro. 
  • Okey. Kesemua jenama yang aku sebutkan itu adalah jenama yang boleh dikira ketahui oleh penduduk Malaysia. Daripada semua jenama itu korang boleh buat research untuk mengenali laptop yang sesuai dengan korang.

3. Processor, RAM & Hardisk.
[Taken from GOOGLE IMAGE]
  • Processor. Kalau korang beli laptop perasan tak ada sticker macam ni? Benda ni dinamakan processor yang dekat dalam laptop korang tu. Semakin tinggi semakin baik tapi semakin mahal. Yang ni boleh dikira terbaru. Yang lama mungkin korang akan nampak dual core, pentium gitu.... Kalau laptop yang korang nak gunakan tu nak taip semata-mata boleh guna paling basic i3 pun takpe, tapi rasanya tak rugi kalau nak ambik yang tinggi lagi. Kalau nak guna untuk editing atau lebih tinggi maka paling rendah adalah i5 dan sebaik-baiknya i7.
  • Bila dah pilih prosesor yang korang nak tu. Sila tengok juga kelajuannya. Sebab i7 contohnya ada yang cuma memiliki kelajuan 1.7GHz kadang kalau i5 rendah pun ada yang memilik 2.5GHz. Yang penting lagi tinggi angka GHz tu sebenarnya lagi baik.
  • RAM. Yang dia macam assistant kepada Prosesor & Hardisk tau, biasanya laptop standard dia akan bagi 2GB tapi korang boleh cari yang 4 GB atau upgrade ke 8GB atau 16 GB bergantung kepada prosesor & hardisk & fungsi laptop. Makin tinggi orang kata makin laju.
  • Hardisk @ hardrives. Bergantung kepada pemanggilnya..Hardrives terbahagi kepada 2 jenis sebenarnya iaitu SATA & SSD. SATA merupakan jenis  hardrive yang memang kita gunakan pada laptop dari dulu & sekarang cuma harganya sekarang lebih murah sebab ramai nak gunakan SSD. Apa kelebihan SATA & SSD?
  • SATA drives. Dia merupakan penyimpanan data yang selalu kita nampak di laptop 500GB atau sekarang dah ada 1TB. Kalau guna laptop yang SATA kena berhati-hati semasa bawa laptop sebaik-baiknya jangan tunggang tebalikkan laptop korang semasa laptop korang sedang bekerja. Kenapa? Sebab benda ni dia macam ada kepingan CD tau kat dalam, bila korang tengah buat kerja dia akan berputar lah..So korang faham kan?
  • SSD. Dia pun sejenis penyimpanan data tapi benda ni seriusly laju & sangat menjimatkan bateri laptop sebab itu kenapa biasanya ultrabook atau yang mahal-mahal korang akan dapati hardrives dia guna SSD. Walau bagaimana pun benda ni mahal...selalu korang boleh dapat dalam 128GB atau 256GB. Even dalam 256GB pun harga laptop sudah mencapai harga dalam 3ribu. Tapi kalau korang perasaan kebanyakkan laptop yang nipis & boleh dibawa kemana-mana sekarang menggunakan SSD sebab korang tunggang tebalik macam mana pun dia tetap ok dan tak akan mengganggu proses penyimpanan data.
Last but not least. Bila korang nak pilih laptop bukan bergantung kepada harga semata-mata. Ada kalanya kalau mahal sedikit pun takpe kalau sepsifikasinya itu berbaloi. Yang paling penting, bila korang dah pilih laptop mana yang korang rasa sesuai sila buat research dulu seperti tengok review untuk mengenali laptop yang anda nak itu sebelum anda pegi beli. Tujuan itu semua? Supaya anda tak rugi...Huhuhu..Kalau ada soalan bole je tanye, kalau aku tau, aku tolong jawabkan. 

No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih